berita

Lagi Menteri Sah Positif Covid-19, Kali Ini Rina Harun Pula

January 11th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Mohd Harun, disahkan positif Covid-19, semalam. Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh beliau sendiri menerusi satu kenyataan media hari ini.

Mohon maaf

Menurut kenyataan media tersebut, beliau telah menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya, pagi semalam. Hasil ujian saringan tersebut, beliau mendapati dirinya postif wabak berkenaan. Susulan daripada itu, beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh hari ini. Pihak hospital juga telah menjalankan pemantauan lanjut dan akan mematuhi segala garis panduan berkaitan jangkitan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu juga memohon maaf jika perkara ini telah menimbulkan apa jua kesulitan dan keresahan kepada semua. Beliau juga memohon agar Allah mempermudahkan segala urusan untuk semua yang terlibat. Tambah beliau, Kementerian di bawahnya itu akan meneruskan kerja-kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar dan segala urusan pengoperasian Kementerian akan tetap berjalan seperti biasa.

Keadaan dilaporkan stabil

Selain Rina Harun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed turut disahkan positif COVID-19. Perkara itu disahkan selepas Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli, mendapat keputusan ujian saringan yang dijalaninya.

Berikutan itu, beliau yang mesra dengan panggilan Tok Pa, dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu pada jam 10.30 malam tadi untuk pemantauan. Keadaannya dilaporkan stabil. Beliau juga memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat daripada perkara terbabit.

Sumber: Rina Harun & Mustapa Mohamed

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×