berita

Lagi Sekali! Neelofa, Keluarga Disiasat Langgar SOP Aidilfitri Pula

May 18th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Usahawan serta pengacara popular iaitu Neelofa telah mencetus kontroversi lagi apabila dia bersama keluarga didakwa melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Aidilfitri.

Artikel berkaitan : Video Keluarga Neelofa Sambut Hari Raya Tarik Perhatian, Netizen Kata Mungkin Tinggal Serumah

Kini pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terhadap Neelofa serta keluarganya.

Didakwa langgar SOP

Menurut Ketua Polis Daerah Brickflieds, Asisten Komisioner Anuar Omar, video yang berdurasi 26 saat yang dimuat naik oleh kakak kepada selebriti berkenaan telah tular di media sosial.

Rakaman terbabit memperlihatkan detik sambutan Aidilfitri di sebuah rumah di Pinggiran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail pada Khamis lalu dan satu laporan polis telah dibuat susulan video berkenaan yang dikongsikan oleh warganet di Twitter.

Hasil siasatan awal mendapati video tular yang berdurasi 26 saat itu memaparkan ahli keluarga selebriti berkenaan berkumpul di sebuah rumah ketika sambutan Aidilfitri.

Kes masih lagi disiasat oleh polis

Kes berkenaan masih lagi disiasat oleh pihak polis dan siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tegasnya lagi, dia menasihatkan agar orang awam tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video yang tular membabitkan keluarga selebriti itu serta mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Sumber : Polis KL

SKIP THIS AD ×