berita

Lagi Video Raya Best 2019. Admin Paling Suka Yang Nombor 1!

May 31st, 2019 | by Noraniza
Kini Trending

Macam biasalah, musim raya ni memang macam-macam video raya keluar. Ada yang kelakar, ada yang sedih. Namun kesemuanya membawa mesej yang sama, iaitu meraikan kemeriahan Aidilfitri bersama tersayang!

Nah, jom enjoy video-video raya yang kami senaraikan di bawah!

1. Ada Hati Raya Menjadi-Jadi – Watsons Raya 2019

Kenapa admin cakap paling suka video raya daripada Watsons ni? Sebab utama mestilah kerana ada si cantik manis Ayda Jebat. Lagi satu, lagu dia pun sangat catchy! Siap dah bermain-main dalam fikiran admin tau.

Malah, ianya membawa kelainan apabila menampilkan mood ceria berbanding video-video raya yang lain!

2. Raya Ceria 2019 – Alliance Islamic Bank 2019

Kisah yang simple tapi membawa seribu makna. Bila melihat video raya daripada Alliance Islamic Bank ni, ia membuatkan admin rasa sangat bersyukur dengan apa yang ada. Thumbs up!

3. Seringgit – Samsung Video Raya 2019

Ada unsur humor dan juga dalam masa yang sama menyentuh emosi. Kisah seorang atok dan cucunya ini memberi mesej yang sangat padat untuk kita menghargai ‘perkara-perkara kecil’ yang berlaku di sekeliling kita.

4.Kasih Tak Berwajah – Hong Leong Bank Raya Video 2019

Hong Leong Bank pula menampilkan kisah seorang kanak-kanak yang tak pernah berjumpa dengan adik beradiknya yang lain. Pelikkan? Plot twist video ni memang menarik. Tak percaya tengoklah!

5. Bergaya Di Hari Raya – Ecoworld

Video raya ni paling simple dan ceria. Paling comel bila scene atok tua naik motor besar dengan hiasan ketupat. Dari tradisi ke gaya baru katanya!

6.  Sama-Sama Balik Kampung – Malaysia Airlines Hari Raya 2019

Kita selalu fikir yang beraya tu mesti di kampung je kan? Tapi, ianya mustahil bagi petugas kabin krew yang mana kebanyakan mereka akan beraya di langit biru. Tapi, ia masih mendatangkan kegembiraan dan kepuasan buat mereka.

7. EID – Gamuda Land Raya 2019

Video daripada Gamuda Land ni pun lain daripada yang lain tau! Biasanya video raya akan highlight anak yatim, orang susah..  Tapi, dalam video ni, Gamuda Land highlight mengenai ‘Orang Kelainan Upaya’.

8. Raya Selamba – KFC

Penampilan The Venopian Solitude dalam video ni memang awesome! Muzik video sambil makan KFC gitu. Lapar pulak admin jadinya!

9. Seratus Ikhlas, 100PLUS

Tengok je Hairul Azreen dan Mira Filzah, admin dah confirm yang video raya ni akan meletop! Berkisarkan pengorbanan petugas bomba dan jururawat yang sentiasa berkhidmat ketika diperlukan.

10. Hari Raya Excitement – Air Asia

Video ringkas daripaada Air Asia ni pula menyampaikan mesej bahawa mereka sentiasa gembira untuk menyambut para tetamu menaiki penerbangan mereka walaupun ketika musim perayaan. Best servis la!

11. UCubaTry Raya Luar Biasa – Upgrade Lemang

Menariknya mengenai video raya U Mobile ni, ada banyak mini series tau. Semua mini series pun best-best. Tak caya tengoklah sendiri!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)