![Lagu Album [Re.Hab] Dilabel Tak Berkualiti, Aisha Retno Respon – ‘Boleh Bincang Dengan Juri AIM Yang Beri Kemenangan’](https://asset.ohbulan.com/2026/10/New-Latest-Default-Image-2026-10-06T085139.279.png)
Penyanyi dan komposer, Aisha Retno tampil membidas kenyataan seorang pengguna media sosial yang menyifatkan lagu dalam albumnya, [Re.Hab] tidak berkualiti selain mempersoalkan kemenangan menerusi kategori Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25).
Artikel Berkaitan: Artikel Berkaitan: Aisha Retno Enggan Layan Kritikan, Kurangkan Aktiviti Di Media Sosial – ‘Saya Mahu Cari Semula Diri
Artikel Berkaitan: Fokus Watak Puteri Gunung Ledang, Aisha Retno Tangguh Baki Lagu Album Re.Hab Hingga Hujung Tahun
Lagu tak berkualiti?

Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, berkata, dia terbuka menerima sebarang kritikan dan meminta diperincikan kekurangan karya dalam album tersebut supaya boleh melakukan penambahbaikan pada masa hadapan.
Lagu yang mana tidak berkualiti dalam album saya? Boleh cuba bincangkan dengan juri-juri AIM yang memberi kemenangan atas album itu.
Saya juga akan cuba perbetulkan apa yang perlu. Lagu yang mana? Beritahu kepada saya, boleh jadi penambahbaikan untuk saya pada masa hadapan.
Terdahulu, seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kurang bersetuju dengan ucapan Aisha pada malam AIM25, khususnya ketika penyanyi itu mengajak penggiat muzik menghasilkan lebih banyak album.
Paling aku tak boleh terima dia kata ‘Mari kita hasilkan album banyak-banyak’ ucapannya di AIM. Bagi pendapat saya, hasilkan banyak-banyak album tapi kualiti lagu tak memadai buat apa?
Setiap album itu hanya lagu untuk bertanding dalam AJL je targetnya. Padahal tiada siapa dengar pun lagu itu. Banyak penyanyi macam ini. Tak kekal di hati pendengar dan tak menusuk di jiwa.
Untuk rekod, selain memenangi kategori Album Terbaik, Aisha turut membawa pulang trofi Rakaman Album Terbaik dan Lagu Tempatan Bahasa Inggeris Terbaik menerusi lagu O.R.B.I.T. pada AIM25.
Sumber: Threads






![[VIDEO] Iqbal Zulkefli Tak Terfikir Hadir Majlis Kahwin Vida & Fazley Yaakob – ‘Saya Doakan Kebahagiaan Mereka’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2186.jpg)

