

Lagu Anta Permana, nyanyian biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan tersenarai menjadi salah satu lagu pilihan peribadi Raja Charles III.
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Nak Berniaga Kuih Depan Rumah Pada Bulan Ramadan – ‘Suami Kata Lebih Baik Sedekah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Dedah Siti Nurhaliza Menginap Di Hotel Mewah Dubai Berharga RM30k Satu Malam – ‘Hotel Tu Pernah Bayar Beyonce RM108 Juta Buat Konsert’
Tersenarai bersama artis hebat

Difahamkan, lagu itu menjadi sebahagian daripada program The King’s Music Room di Apple Music yang menampilkan lagu dari negara-negara Komanwel.
Memetik US Magazine, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin tersenarai menjadi artis muzik kegemaran Raja Charles III bersama Bob Marley, Kylie Minogue dan Grace Jones.
Sepanjang hidup saya, muzik sangat bermakna kepada saya. Saya tahu itu juga berlaku untuk ramai yang lain.
Ia mempunyai kebolehan yang luar biasa untuk mengembalikan kenangan yang menggembirakan dari lubuk ingatan kita paling dalam, menghiburkan di saat kesedihan, dan membawa kita ke tempat yang jauh.
Siti bersyukur

Sementara itu, menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Siti turut mengambil peluang meluahkan perasaannya selepas mengetahui lagunya mendapat tempat dalam seleksi peribadi Raja Britain.
Saya sangat diberkati dan sangat bersyukur.
Sumber: US Magazine







![[VIDEO] ‘Saya Harap Kebenaran Akan Berpihak Kepada Kami’ – Caprice](https://asset.ohbulan.com/2026/08/caprice-3.jpg)
