berita

Lagu Baru Psy Bakal Cantas Populariti ‘Oppa Gangnam Style’

November 2nd, 2012 | by Ai
Hollywood

Mungkin ini yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat Psy diseluruh dunia. Kami pasti walaupun anda tidak kenal siapa Psy yang sebenar, tapi anda pasti tahu lagu ‘Oppa Gangnam Style’ dan tariannya yang popular, kan?

Setelah hampir 3 bulan dimuatnaik ke laman Youtube, muzik video asal ‘Oppa Gangnam Style’ telah mencatat jumlah tontonan sebanyak 618,992,701 kali berbanding muzik video Justin Bieber – Baby yang hanya mencatat jumlah tontonan sebanyak 794,925,354 kali selepas 3 tahun dimuatnaik.

Terbaru, Psy dikatakan sedang dalam proses melancarkan lagu terbarunya dan menurut CEO YG Entertainment, Yang Hyun Suk, lagu baru Psy itu bakal mencantas populariti ‘Oppa Gangnam Style’ setelah mendengarnya.

“Saya sudah mendengar lagu Amerika yang bakal dilancarkan oleh Psy dan ia sangat menarik. Meskipun ini pandangan peribadi saya, saya fikir lagu itu bakal menandingi populariti ‘Gangnam Style’ dengan baik,” ujar Yang Hyun Suk melalui Soompi.

Namun begitu, masih belum ada video teaser tentang lagu baru Psy ini dan ia dijangka akan dilancarkan pada bulan ini (November).

SKIP THIS AD ×