

Tidak dinafikan, lagu Intifada milik kumpulan nasyid popular Rabbani yang dikeluarkan lebih sedekad lalu mencipta fenomena dan sehingga kini tetap menjadi pilihan ramai.
Artikel Berkaitan: Rabbani Pernah Dipandang Negatif Oleh Agamawan, Sukar Terima Kelainan Lagu ‘Pergi Tak Kembali’
Artikel Berkaitan: Rabbani Pernah Jadi Mangsa ‘Scam’, Ditipu Penganjur Lebih RM100,000 – ‘Bila Minta Bayaran, Orang Tu Marah Balik’
‘Memang rezeki’

Ketika ditemui OhBulan!, anggota Rabbani iaitu Azadan Abdul Aziz berpandangan ia adalah rezeki yang ditetapkan oleh tuhan selain percaya dengan kualiti sesebuah lagu itu.
Kadang-kadang artis ni apabila dapat sesuatu lagu yang bagus yang menjadi kesukaan orang sampai bila-bila itu memang satu rezeki.
Kita orang biasa cuma konsep kita ni memang bila kita buat sesuatu perkara kita akan pastikan kualiti dari segi vokal dan muzik.
Kami yakin pembikinan album Intifada itu, memang dibuat secara baik oleh komposer-komposer yang terkenal antaranya KRU sendiri.
Bercerita lanjut, Azadan berkata lagu tersebut juga dikeluarkan pada waktu yang tepat.
Kami pun rakam lagu Intifada di bulan Ramadan. Lagu itu tepat keluar ketika masa itu isu berkaitan Palestine.
Bila nak menghasilkan sesuatu produk, tidak boleh buat secara suka-suka sebab artis kena tahu mood dia, kalau waktu tidak sesuai kami tidak keluarkan.
Kami akan cari sesuatu yang baru yang boleh menjadi ikutan orang lain.
Keistimewaan lagu Intifada

Sementara itu, Azadan berkata keistimewaan lagu Intifada yang sehingga kini didengari ramai adalah disebabkan liriknya yang berulang dan sangat mudah untuk diingati.
Sebab kita menggabungkan teknologi moden dan tradisional.
Kemudian, lirik lagu itu agak ‘ringan’ banyak ulangan dan mesej lagu itu orang tahu tentang kemanusiaan.








