berita

Lagu Rhythm Nation Oleh Janet Jackson Mampu Buat Komputer Riba ‘Crash’

August 19th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Lagu hit Rhythm Nation, nyanyian Janet Jackson didakwa memiliki nada frekuensi unik yang mampu mengganggu fungsi sistem sesetengah komputer riba jenis lama, lapor Daily Mail.

Komputer boleh ‘crash’

Menurut pendedahan seorang jurutera perisian utama Microsoft, Raymond Chen dalam satu hantaran di blog miliknya, frekuensi yang dihasilkan lagu itu sepadan dengan frekuensi yang dikeluarkan oleh ‘hard disk’ komputer riba.

Raymond berkata, perisian komputer berisiko mengalami gangguan sekiranya terdedah kepada bunyi tertentu yang dikeluarkan daripada sumber yang membawa getaran, sama seperti bagaimana kaca boleh dipecahkan dengan bunyi yang spesifik.

Frekuensi unik dalam lagu Jackson itu dikenal pasti oleh satu syarikat pembuat komputer yang tidak disebut namanya, mereka mendapati komputer berdekatan gagal berfungsi apabila lagu Rhythm Nation dimainkan berhampiran.

Namun, isu tersebut diselesaikan pada jenis komputer riba yang baharu dengan menambah sejenis penapis yang mampu mengalih keluar frekuensi yang menyebabkan gangguan berkenaan.

Microsoft mengisytiharkan Rhythm Nation sebagai kelemahan keselamatan berlabel CVE-2022-38392.

Sumber: Daily Mail UK

SKIP THIS AD ×