berita

Lagu ‘See My Level’ Nyanyian Asyraf Nasir, Kowachee Cipta Fenomena Luar Biasa

May 10th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Penyanyi hip hop yang bakatnya dicungkil menerusi pertandingan hip-hop, RapStar iaitu Asyraf Nasir telah melancarkan lagu baharunya berjudul ‘See My Level’ dan bergandingan bersama penyanyi rapper cilik, Kowachee.

Lagu See My Level cipta fenomena

Penyanyi berbakat ini memberitahu lagu ‘See My Level’ adalah karya ciptaan Shazee Ishak dan lagu ini boleh dijadikan motivasi dan panduan kehidupan remaja masa kini.

Lagu SEE MY LEVEL adalah lagu untuk mereka yang ada ‘standard’ yang tinggi, seperti tagline yang
dipopularkan oleh Diva AA (Azwan Ali).

Kami iaitu saya, Shazee, dan Kowachee bersemuka dalam studio untuk lebih berbincang lebih mendalam. Di era digital ini mungkin orang zaman sekarang lebih matang dan cepat memahami mengenai pelbagai perkara.

Asyraf menyifatkan Kowachee seorang gadis yang matang meskipun usianya masih muda. Bukan itu sahaja, Kowachee mudah memahami ‘flow’ dan tahu apa yang perlu disampaikan kepada pendengar.

Proses rakaman agak seronok sebab penerbit, Shazee seorang yang suka membawa keluar yang terbaik dalam setiap penyanyi, jadi dia memang berkali-kali mintak kita rakam semula. Bagi saya ia bagus, sebab kita cakap mengenai ‘level’ atasan yang berkualiti, maka ia perlu dilihat dalam hasil kita juga.

Asyraf juga akui setiap pihak yang bekerjasama dalam menjayakan lagi dan video muzik ‘See My Level’ telah melakukan yang terbaik.

Kita saling menjaga tenaga masing-masing. Sebab satu hari padat dengan penggambatan dari awal
pagi hingga malam. Saya rasa yang paling memberangsangkan adalah bila kita ada Diva AA datang ke
set sebagai penampilan istimewa.

Sememangnya tuan punya badan bagi tagline ‘SEE MY LEVEL’ pun berada di set, memang tidak
mengecewakan. Aura dia sangat kuat dan sangatlah memukau. Bagi saya dan Kowachee ini satu
pengalaman baru sebab kita nak kena samakan tenaga dengan dia.

‘Alhamdulilah tidak ada pengalaman sukar’

Sementara, Kowachee akui proses pembikinan See My Level berjalan dengan lancar dan tidak mengalami pengalaman yang sukar.

Sesi proses rakaman agak santai. Kami berkomunikasi bersama untuk membina idea. Saya juga dapat belajar sambil menulis lirik sendiri. Macam rakaman video muzik pula, alhamdulilah tidak ada pengalaman yang sukar. Semua berjalan dengan lancar. Kru dan pasukan produksi pun sangat menepati waktu.

Cuma, cabaran saya untuk penggambaran video muzik ini adalah memandangkan saya masih
bersekolah, jadi kena asingkan masa sekolah dan Asyarf pun ada projek dia sendiri tetapi kerja
berpasukan yang ada membuatkan semunya menjadi nyata dan mudah.

Dalam kesempatan itu, Kowachee meluahkan rasa gembira dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Single SEE MY LEVEL boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music sejak 3 Mac lalu, muzik lagu SEE MY LEVEL ini telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube Defjam Malaysia pada 10 Mac lalu.

Muzik video

SKIP THIS AD ×