
Penyanyi Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa tidak puas hati berikutan salah satu karya terkenal arwah suaminya Johan Nawawi didakwa tidak mendapat bayaran yang selayaknya.
Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Pernah Henti Buat ‘Live’ Jual Produk Gara-Gara Dilabel Penyondol
Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Nafi Dakwaan Masuk Hospital – ‘Saya Baik-Baik Saja’
Dakwaan Nora

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story sebentar tadi, Nora mendakwa arwah Johan menerima bayaran yang tidak setimpal untuk lagu Sinaran meskipun dia adalah penulis lirik untuk lagu tersebut.
Lagu terkenal Sinaran berkumandang di merata tempat.
Penulis lirik lagu Sinaran iaitu arwah Johan Nawawi hanya mendapat RM60 sehingga kini.
Menurut pemilik nama Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, itu, tiada mana-mana pihak yang mahu membela nasib komposer dan penulis lirik lagu tersebut.
Malangnya tiada pihak yang ingin membela nasib komposer dan penulis lirik ini.
Untuk info, Sinaran adalah lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan Johan Nawawi yang dihasilkan pada tahun 1986.
Lagu berkenaan juga dimuatkan di dalam album Emosi dan menjadi antara lagu hits yang dipopularkan oleh Datuk Sheila Majid.
Sumber: Instagram







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)