berita

‘Lahir Tanpa Kidney, Limpa & Salur Najis’ – Ibu Redha Dengan Pemergian Anak

December 6th, 2018 | by Nisa Irina
Kini Trending

Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga pasti menginginkan cahaya mata. Bagi ibu bapa, anak adalah kurniaan dan nikmat terindah daripada Tuhan untuk mereka sama-sama memikul tanggungjawab membesar dan mendidik anak-anak.

Namun begitu, bukan semua ibu bapa mempunyai peluang untuk merasai pengalaman membesarkan anak. Di sini admin ingin kongsikan luahan hati dari Nurul Nadia Ismail.

Anak lahir dengan Potter syndrome

Bismillah..

2 Disember 2018

Nurul Maryam selamat dilahirkan secara normal. Kuatnya Maryam ni. Pukul 2.17 pagi dengan ayah yg sentiasa disisi.

Pukul 4 pagi
Doktor paeds jumpa ibu ayah. Maklumkan tentang Maryam. Potter syndrome. Tak pernah dengar kan. 1 dlm 30000 kes ni. Bukan genetic bukan masalah chromosomes. She just can last long for few hours. Ibu ayah dah bersedia InshaAllah pada masa tu.

Pukul 7 pagi.
Dr paeds jumpa ibu lagi. Maklumkan respon positif dari Maryam, bila diorang masukkan bantuan oxygen. Alhamdulillah. Ibu cukup bersyukur sebab ibu nak jumpa anak ibu ni. Anak ibu yang kuat ni.

Maryam lahir tanpa kidney, limpa dan salur najis

Pukul 1130 pagi

Ibu dapat jumpa Maryam. Cantiknya anak ibu. Subhanallah putih comel. Tapi, doktor kata, Maryam tak boleh bertahan lama, paru2 Maryam dah bocor.

Pukul 1230 tengahari
Maryam yang cantik dapat jumpa semua orang. Nenek pakcik makcik semua. And Maryam bukak mata bila ayah panggil. Maryam genggam jari ayah bila ayah panggil.

Pukul 5 petang
Orang tak henti2 melawat Maryam. Semua cakap Maryam cantik. Semua cakap Maryam kuat. Doktor buat scan lagi nak tahu apa masalah Maryam. Result scan menunjukkan Maryam tkde kidney, limpa and salur najis. Kesian anak ibu. Ibu redha Maryam. Ibu taknak Maryam sakit.

Pukul 8 malam
Ibu kena demam menggigil. Sebab ibu tak rehat sejak lahirkan Maryam. Ibu kuat bangun lawan sakit sebab nak tengok Maryam. Bila sakit, ibu kena jugak rehat atas katil. Ibu rindu Maryam.

“Puan, anak puan dah takde”

3 Disember 2018

Pukul 1.17 pagi
Ibu terjaga. Terdetik dekat hati ibu. Apelah khabar Maryam ibu ni. Ibu terus cakap, Maryam sayang kalau sakit tak payah tahan. Pergilah. Ibu redha. Then lepastu, nurse datang ckp dgn ibu, nicu call nak jmpa ibu. Then i know Maryam dengar ape ibu ckp kan.

Bila ibu sampai, heartbeat Maryam dah drop smpai 44. Ibu cakap, Maryam tunggulah ayah. Ayah datang tu. Itulah pertama kali ibu dapat pelukMaryam dengan ada banyak wire yg berat. Sakit mulut anak ibu kan. Bila ayah datang, heartbeat Maryam jadi stabil balik. Manja dgn ayah ni. Ibu bagi ayah pegang pulak. Sebab tangan ibu dah lenguh.

Pukul 3.35 pagi
Nurse kejut ibu sebab ibu tertidur dekat situ. “Puan Anak dah takde puan”. Allah luluhnya hati ibu dengar. Tq Maryam utk 24jam yg ada. @ Hospital Besar Melaka

Sumber: Nurul Nadia Ismail