berita

Lainnya Raya Dulu & Sekarang. Ni 5 Pengalaman Raya Yang Budak Zaman Dulu Mesti Ingat!

June 3rd, 2019 | by Mastura
Kini Trending

Setelah sebulan berpuasa, hari kemenangan semestinya dinantikan oleh umat Islam diseluruh dunia. Masa nilah perayaan Aidilfitri diraikan. Apabila yang jauh akan pulang ke kampung, juadah tradisional dihidangkan dan saudara-mara berkumpul bersama-sama.

Tapi bila semakin meningkat dewasa, sedikit demi sedikit keindahan raya itu mula hilang. Hmm.. Ni antara benda yang pasti dirindui oleh budak-budak zaman dulu. Lainnya rasa raya!

1. Lenjan je beraya rumah semua orang kat kampung!

Masa kecil-kecil dulu ikatan ukhwah kampung lain sangat dengan sekarang. Kalau dulu raya la rumah sesiapan pon kat kampung mesti pintu sentiasa terbuka untuk terima tetamu.

Min dulu dengan sepupu jalan pimpin tangan pergi beraya kalau dengan pula kawan-kawan konvoi naik basikal ramai-ramai. Yelah excited nak kumpul duit raya.

2. Simpan duit raya dalam sampul paling cantik

Dulu tak semua sampul duit raya cantik-cantik macam sekarang. So, kalau dapat sampul duit raya yang tebal dan cantik, memang sampul tu la yang akan dijadikan ibu sampul untuk simpan semua duit raya.

Bila dah lunyai sampul tu baru tukar sampul yang lain. Haa. Siapa buat macam ni? Baik mengaku cepat!

3. Busy tulis kad raya nak hantar kat kawan..

Tradisi yang semakin dilupakan, menghantar kad raya! Yelah sekarang kan teknologi dah semakin canggih ucapan raya hanya dihantar melalui whatsapp atau tulis satus di laman media sosial. Tak special pon!

Kad raya ni, sebelum hantar korang kena karang ayat tulus dari hati. Belum lagi part buat pantun, pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.. Legend habis, pastu kena pula pastikan timing posmen hantar kad raya on time before raya. Paling seronok kalau dapat balasan kad raya lebih-lebih lagi daripada crush

4. Takde duit beli bunga api? Berus periuk kan ada!

Ni paling best setiap kali malam menjelang hari raya. Time ni semua orang main bunga api, meriam buluh atau meriam besi. Tapi selalunya yang kecil-kecil selalu tak dapat join, sebab bahaya katanya!

Masa ni sel-sel otak berhubung apabila berus periuk dijadikan bunga api. Tak kisahla opah ke mak punya berus yang ada kat dapur, main rembat je. Cara nak main dia lagi senang je, bakar sikit berus periuk tu pastu pusing-pusing berus yang tengah terbakar, cantik weyh!

5. Happy dapat duit raya walaupun 20 sen!

Zaman dulu nilai duit kecil. Bagi 20 sen pon dah happy. Kalau bagi 50 sen pula siap boleh main banding-bandingkan lagi duit siapa lagi besar bukan nilai duit yang lagi banyak. Masa ni tak kisah langsung berapa banyak duit raya yang diberikan. Sebab nanti dah habis beraya mesti pergi kedai runcit beli jajan!

Tapi tak kisahlah berapa pon nilai yang diberikan yang penting korang mestilah ikhlas!

Erat ukhwah silaturahim dengan tradisi lama…

Walau berbeza macam mana pon hari raya dulu dan sekarang, yang penting korang jangan pernah lupakan tradisi lama, sebab tradisi nilah yang menyambungkan ukhwah kekeluargaan setiap generasi.

Haa.. Macam itulah yang SP SETIA nak sampaikan pada korang dalam iklan uncang duit raya diorang ni, mengenai nilai keikhlasan yang tak perlu dipamerkan. Zaman dulu kan takda sampul duit raya ni, jadi diorang pakai uncang kain yang dijahit tangan je bila dapat duit raya. Yelah sekarang kan sampul raya semua dah fancy-fancy setinggi nilai duit raya yang diberikan. Sampaikan keikhlasan tu dilupakan.

So, raya nanti korang kena ingat tak kira berapa pon duit raya yang diberikan kepada korang atau korang berikan, pastikan korang ikhlas okay!#SetiaSepakatIkatanErat

SP Setia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiti Maaf Zahir.. Psstt.. Jangan lupa datang rumah terbuka raya yang SP Setia anjurkan. Nak tau kat mana, klik je kat sini.