berita

Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Perempuan, Artis Lelaki Ditahan

July 25th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang individu lelaki yang bergelar artis tahun 80-an telah ditahan polis akibat dipercayai telah melakukan amang seksual secara fizikal terhadap seorang remaja perempuan sejak Ogos tahun lalu.

Dipercayai lakukan amang seksual terhadap remaja perempuan

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisoner Abd Kalid Othman, pihak polis telah menerima laporan berhubung bapa kepada penyanyi terkenal itu pada 21 Julai lalu.

Kejadian pertama berlaku terhadap mangsa berusia 14 tahun itu pada Ogos 2020 di rumah kawan ibunya di sebuah kondominium di Puchong Prima.

Dalam kejadian ini, ia membabitkan seorang suspek yang dikenali sebagai atok berusia 65 tahun.

Manakala dua lagi kejadian berlaku di rumah artis lelaki tersebut pada Oktober dan November 2020, sewaktu mangsa berada di Tingkatan Dua pada ketika itu.

Kedua-dua kejadian itu berlaku di rumah suspek di Puchong. Perkara itu (amang seksual fizikal) sekali lagi berlaku pada Januari lalu. Disebabkan takut, pengadu hanya mendiamkan diri sebelum ini.

Walau bagaimanapun, pihak polis telah menahan suspek di perkarangan Balai Polis USJ 8 pada 21 Julai lalu dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis memandangkan dia menghidap penyakit jantung

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×