Selepas sekian lama menyepi, penyanyi, Haqiem Rusli kembali bersemangat untuk aktif di media sosial seperti tahun-tahun sebelumnya.

Artikel Berkaitan: ‘Mikrofon Ini Bagi Saya Semangat Baru, Bila Menyanyi Pun Rasa Premium’ – Haqiem Rusli

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dah Dekat 12 Tahun Dalam Industri, Baru Beli Mikrofon Sendiri’ – Haqiem Rusli

Gembira

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Haqiem berkata dia sudah menemui semangat untuk memulakan lembaran baharu.

Menceritakan kembali, Haqiem berkata dahulu dia sering menjadikan media sosial sebagai medium untuknya berkongsi karya nyanyian.

Saya sangat gembira kerana akhirnya saya sudah jumpa semula semangat untuk aktif di media sosial macam dulu-dulu.

Sebelum ini pada tahun 2017, saya sangat aktif dan rajin kongsi macam-macam.

Dalam pada itu, Haqiem berharap orang ramai juga dapat merasai keseronokan yang sama seperti dirinya.

Sekarang saya nak kembalikan semula tenaga itu dan mula jadi aktif macam zaman dulu.

Semoga kalian berseronok dengan perjalanan baru ini bersama saya!

Sumber: Threads