berita

Lama Menyepi, Nazrey Johani Buat Comeback Lagu Iman Mutiara 2019

November 13th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Jika sebelum ini kita telah mendengar nyanyian lagu merdu Sesungguhnya 2019 dari suara kolaborasi Alif Satar dan Raihan meraihkan 17juta tontonan di Youtube, Nazrey Johani selaku bekas ketua kumpulan itu pula tampil dengan lagu Iman Mutiara 2019.

Musik video ini baru sahaja dilancarkan sehari di laman Youtube Inteam Digital telahpun mendapat kira-kira 40ribu tontonan. Kami yakin anda juga pasti merindui suara Ustaz Nazrey yang pernah menghiburkan kita sekitar 1990an hingga awal 2000.

Iman Mutiara 2019

Meskipun sudah lama menyepikan diri daripada dunia hiburan, aura Nazrey Johani masih lagi terasa dengan bantuan susunan lagu yang lebih segar dan bersesuaian dengan trend muzik terkini. Rata-rata peminat meluahkan rasa rindu terhadap kumpulan Raihan dan nyanyian dari Nazrey Johani yang pernah menghiburkan kita semua.

Iman Mutiara versi dahulu

Lagu Iman Mutiara telah dilancarkan pada tahun 1996 di dalam album Puji-Pujian. Album ini telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa sehingga dijemput Ratu Elizabeth II untuk buat persembahan.

Umum sedia maklum, ustaz Nazrey Johani telahpun keluar dari kumpulan nasyid terkenal iaitu Raihan lebih 10 tahun yang dahulu. Kini, ustaz Nazrey bergiat aktif dalam aktiviti dakwah dan telah menubuhkan Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di Sabah.

Bagaimanapun, rata-rata peminat menyukai lagu ini dan menyifatkan Iman Mutiara 2019 sangat segar dengan susunan muzik yang baru.

Sumber: Youtube Inteam Digital

SKIP THIS AD ×