berita

‘Lama Sangat Bawa Kereta Sampai Berjambang’ – Drama Love Elsa Bikin Kelakar

July 16th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Drama Love Elsa lakonan Zul Ariffin dan Uyaina Arshad kini sedang ditayangkan di saluran televisyen terbitan Astro dan mendapat sambutan daripada penonton. Namun begitu, episod terbaru drama arahan pengarah Michael Ang sekali lagi curi tumpuan ramai apabila terdapat ‘magik’ pada penampilan Zul Ariffin. Ramai yang pelik!

‘Korang perasan tak?’

@arfsxlmnapa pendapet ada #fyp #fyp? #loveelsa #drama #melayu #loading #apapendapatanda? Pop Smoke – Creature – Movies1o1

Di laman TikTok, netizen memuat naik beberapa klip daripada sedutan babak drama tersebut dan mengkritik drama tersebut yang tidak diteliti semula sebelum ditayangkan. Antaranya salah satu babak yang menampakkan perubahan ketara adalah wajah Zul Ariffin yang pada mulanya tidak mempunyai jambang mahupun misai sewaktu memandu kereta. Namun, secara tiba-tiba wajah pelakon kacak ini ditumbuhi jambang dan misai selepas keluar dari kenderaan yang dipandunya.

‘Cepat tumbuh jambang’

@mustazhazahidinLain mcm ? dia punya jambang tumbuh #malaysia #drama #loveelsa? original sound – Mustazha Zahidin

Begitu juga dengan babak ketika Zul Ariffin bersama pelakon Uyaina Arshad. Kesalahan konti yang sama pada wajah pelakon lelaki itu diulang sehingga babak ini juga jadi tumpuan penonton.

Netizen terhibur

Sumber: TikTok Arfsxlmn, Mustazhazahidin

SKIP THIS AD ×