berita

‘Lama Tak Tengok Post Gambar Bertiga’ – Netizen ‘Membawang’ Hal Rumah Tangga, Ini Respon Nabila

April 16th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Nabila dikatakan berantakan namun kedua-dua mereka masih mengunci mulut berhubung gosip berkenaan. Nabila sebelum ini ada memuatnaik IG story yang seakan memerli seseorang namun tidak dikhususkan kepada mana-mana pihak.

Terbaru, Nabila membalas komen netizen yang seperti menjadi batu api dan mencetuskan provokasi di Instagramnya.

Lama tak gambar bertiga

Seorang pengguna laman sosial itu meninggalkan komen mengatakan sudah lama pasangan berkenaan tidak bergambar sekeluarga bertiga.

Nabila tidak lama selepas itu ‘menyekolahkan’ individu terbabit dengan mengatakan isu tersebut adalah hak peribadinya. Dia juga berpesan untuk unfollow jika tidak suka dengannya di Instagram.

Peminat doakan yang terbaik

 

Nabila dan Sharnaaz disatukan pada 31 Mac 2017 dan menerima kehadiran Jebat dalam hidup mereka pada 30 Ogos tahun lalu.

Sumber: Noornabila 

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.