berita

Lamaran Bukan Gimik, Aedy Ashraf & Amelia Henderson Tak Ada Masa Nak ‘Dating’

May 27th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila pelakon, Aedy Ashraf melutut untuk melamar aktres jelita, Amelia Henderson untuk menjadi teman wanitanya di sebuah acara pada Mac lalu.

Artikel berkaitan : [VIDEO] ‘Muka Paling Seiras Pernah Aku Tengok’ – Aedy Ashraf Terkedu Jumpa ‘Kembar’

Artikel berkaitan : Aedy Ashraf Kunci Mulut, Enggan Kongsi Kisah Lamar Amelia Henderson Jadi Kekasih

Artikel berkaitan : [VIDEO] Aedy Ashraf Buat Kejutan, Lamar Amelia Henderson Depan Peminat – ‘2 Tahun Saya Tunggu Awak’

Selepas hampir tiga bulan mendiamkan diri, akhirnya Aedy membuka mulut mendedahkan bahawa lamaran terbabit bukan gimik promosi produk seperti sangkaan ramai.

Bukan gimik semata-mata

Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Addy Ashraf Rosmadi, dia tidak pernah merancang untuk melamar Amelia secara terbuka seperti yang berlaku itu, namun sebaliknya ia berlaku secara semula jadi dan bukan gimik semata-mata.

Saya pun terkejut dengan tindakan spontan tersebut. Bukan saja lain tetapi saya termasuk Amelia pun terkejut.

Lamaran tersebut saya tak rancang apa-apa pun. Kami berdua memang tak tahu apa-apa dan semuanya berlaku secara semula jadi.

Walau bagaimanapun, ia sekali gus membuktikan bahawa hubungan Aedy dan Amelia sebenarnya bukan sekadar kawan biasa, namun sebagai pasangan kekasih yang sedang bercinta.

Tak sempat keluar ‘dating’

Ujar pelakon berusia 28 tahun ini lagi, mereka tidak seperti pasangan bercinta yang lain kerana dia dan Amelia tidak mempunyai masa untuk keluar bersama-sama kerana jadual kerja begitu padat.

Sejujurnya jadual kehidupan saya memang tak seimbang langsung.Kerja saya memang akan letak nombor satu, sampaikan masa dengan keluarga pun banyak dikorbankan.

Tak ada masa nak berjanji temu (dating) pun. Mungkin saya seorang manusia yang terlalu cintakan kerja sehingga kasih sayang di tempat lain pun agak terabai.

Amelia pun sangat sibuk sebenarnya dan persamaan kami mungkin perkara tersebut iaitu jadual kedua-duanya terlalu padat. Kami tak jumpa atau dating tetapi hanya berhubung melalu telefon sahaja.

Dalam pada itu, Aedy berasa terharu dengan sokongan peminat di Malaysia dan mahupun di Singapura. Malah, dia turut berterima kasih kepada orang ramai yang tidak henti mendoakan hubungannya bersama Amelia.

Sumber : Kosmo

SKIP THIS AD ×