Satu dunia gempar apabila pesawat Malaysia Airelines (MAS) yang membawa penumpang ke Beijing hilang secara tiba-tiba. Namun, apa yang lebih membingungkan, walaupun sudah masuk hari ke-4 misi mencari dan menyelamat diadakan, masih tidak ada satu petunjuk pun ditemui.
Walaubagaimanapun, spekulasi mengenai pesawat malang ini tersebar luas di media-media sosial dan ada pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja menyebarkan berita palsu mengenai tragedi ini
Melihat kepada pelbagai spekulasi yang timbul, pelakon kacak Aaron Aziz meminta masyarakat supaya tidak memuat naik apa-apa andaian ataupun spekulasi mengenai kehilangan pesawat itu.
Melalui status yang dimuat naik melalui laman sosial Twitter miliknya, Aaron dilihat menyeru orang ramai menjaga hati keluarga mangsa yang kini masih berada dalam keadaan sedih.
Dalam pada itu, Aaron turut meminta masyarakat agar tidak menimbulkan apa-apa berita baru tanpa informasi yang tepat dan kukuh.
Melalui statusnya juga, Aaron menegaskan bahawa dia lebih mempercayai informasi yang disalurkan oleh pihak kerajaan dari masa ke semasa. Dia juga masih lagi mengharapkan keajaiban berlaku dan semua penumpang dan anak kapal MH370 kembali dengan selamat.
Sementara itu, Aaron turut mengajak orang ramai bersama-sama menunaikan solat hajat di Masjid Asy-Syakirin 7.45 petang esok.