Kediaman kosong atau asrama seringkali dikaitkan dengan cerita seram dan mistik. Orang ramai percaya bahawa tempat-tempat sebegini menjadi tempat tinggal makhluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.
Seperti kisah yang viral di laman sosial ini, seorang lelaki menceritakan pengalaman menjaga asrama kosong sewaktu wabak pandemik. Difahamkan asrama tersebut sudah berusia 60 tahun dan merupakan asrama pertama di Malaysia.
Nak tengok kenapa berlampu
Menurut lelaki ini, dia menerima aduan daripada pengetua kolej mengenai sebuah bilik asrama yang lampunya terbuka. Dia berasa sedikit hairan kerana sepatutnya tiada pelajar yang menghuni asrama ketika tempoh PKP.
Dia dan seorang lagi felo bertindak ke bilik tersebut untuk membuat pemeriksaan lanjut. Ketika berjalan menuju ke bilik asrama, dia mendengar suara menangis.
Dengar bunyi menangis makin kuat
Panggil ustaz tengok masalah
Selepas kejadian tersebut, seorang ustaz dipanggil untuk melihat keadaan sekeliling. Kata ustaz, gangguan semalam adalah daripada seorang ‘perempuan’.
Yang kacau semalam ‘perempuan’
Sumber : eraj_nesh