Ketika Squid Game dilancarkan pada September 2021, tiada siapa menjangkakan bahawa siri dari Korea Selatan ini akan menjadi fenomena global.
Drama thriller survival ini bukan sahaja mencipta sejarah sebagai rancangan paling banyak ditonton di Netflix, tetapi juga membawa budaya dan seni Korea ke peringkat antarabangsa dengan impak yang luar biasa.
Kini, selepas penantian yang panjang, peminat akhirnya dapat menyaksikan Squid Game Musim 2 yang dijangka lebih sengit, mendebarkan dan penuh kejutan.
Adakah korang sudah bersedia untuk menyelami kegilaan Squid Game Musim 2? Lebih best, foodpanda dan Tealive tampil dengan kolaborasi eksklusif yang mempersembahkan snacks eksklusif, acara menarik dan merchandise istimewa bersempena Squid Game Musim 2!
Jom ‘ngap’ snek Squid Game eksklusif
Apa gunanya binge-watch Squid Game Musim 2 tanpa makanan sedap, kan?
Mulai 31 Disember 2024, Tealive melancarkan dua hidangan khas iaitu Spicy Budae Popcorn Chicken dan Spicy Budae Fries yang hanya boleh didapati di foodpanda atau cawangan Tealive.
Spicy Budae Popcorn Chicken adalah hidangan ayam popcorn bersaiz gigitan yang disalut dengan perisa budae jjigae Korea yang pedas.
Dengan pilihan original, cheesy sauce atau spicy Korean sauce, korang pasti tak boleh berhenti mengunyah!
Manakala Spicy Budae Fries adalah hidangan kentang goreng rangup yang disaluti rempah budae Korea, tersedia kosong atau dengan topping seperti ayam popcorn, cheesy sauce atau spicy Korean sauce.
Oh ya, terdapat juga beg penyejuk edisi terhad dengan rekaan watak Young Hee dan pengawal merah dari Squid Game.
Dua hidangan ni hanya tersedia untuk masa terhad, jadi pastikan anda cuba segera! Tunggu apa lagi?
Throwback ‘Squid Game Street Giveaway’ di Bukit Bintang
Pada 20 Disember 2024, Bukit Bintang bertukar menjadi lokasi ikonik Squid Game!
Mana tidaknya, Tealive dan foodpanda mencuri perhatian ramai apabila Squid Game guards mengiringi riders foodpanda memberikan minuman dan makanan percuma kepada orang ramai.
Malah, orang ramai juga boleh beramah mesra dengan Squid Game guards sebelum mereka ke tren Ampang Park.
Bukan itu sahaja, patung yang menjadi fokus permainan berdarah ‘red light, green light’ dalam siri berkenaan juga boleh dilihat di Ampang Park.
Orang ramai juga boleh sertai beberapa permainan dalam siri terbabit di sana.
Jom sertai acara ‘Squid Game-Inspired’ di Sunway Pyramid!
Dari 1 hingga 5 Januari 2025, Tealive akan menganjurkan acara inspirasi Squid Game di Sunway Pyramid. Bayangkan, korang boleh sertai versi unik permainan Squid Game dan memenangi merchandise eksklusif foodpanda x Tealive.
Bawa geng, rasai cabaran dan nikmati pengalaman penuh aksi yang disertai dengan makanan lazat. Kolaborasi ini bukan sekadar meraikan Squid Game, tapi juga menghidupkan semula rasa keterujaan musim baru dengan cara yang unik.
Jadi, jom mulakan tahun baru korang dengan pengalaman epik bersama foodpanda x Tealive. Jangan lepaskan peluang ini!