Lagu tradisional popular seperti Ulek Mayang seringkali dikaitkan dengan kisah mistik. Bagi sesetengah orang, mendengar melodi lagu ini sahaja mampu menaikkan bulu roma kerana didakwa mengandungi elemen menyeramkan.
Seperti kisah yang dikongsi pemuda ini, seorang pelanggan pernah diganggu makhluk berupa manusia berpakaian kebaya sedang rancak menari Ulek Mayang pada waktu malam. Memang seram habis!
Rasa tak sedap hati
Bro, dalam kedai bekam ibu aku ada sekor ? 50 rt aku cerita pasal ni https://t.co/XtOAd63DON
— boe (@haiqalhiroz_) May 13, 2020
Perempuan berkebaya menari
Dakwa pengguna Twitter ini, kisah bermula apabila seorang pelanggan melihat wanita kurus berambut panjang dan berkebaya menari lincah di dalam kedai. Lampu kedai yang pada awalnya tertutup tiba-tiba menyala dengan kehadiran kelibat tersebut.
Mak pun kena kacau
Bapanya yang berasa tidak sedap hati bertanyakan kepada ibunya, ibunya mengakui pernah menjadi mangsa gangguan ketika tidur. Dia melihat kelibat tersebut menari-nari sambil membelai bahagian kaki. Menurut seorang ustaz, makhluk tersebut dibawa oleh seorang pelanggan yang berbekam di kedai ibunya.
Sumber : Haiqal Hiroz