Korang tahu tak, Sunway Theme Parks Mega Roadshow dah bermula pada 9 Februari yang lalu? Menariknya, pada roadshow yang pertama ini Sunway telah melancarkan aplikasi “Super App”.
Aplikasi ini merupakan aplikasi gaya hidup serba baru yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan daripada 13 bahagian perniagaan Sunway serta akses kepada lebih 1,500 rakan niaga Sunway termasuklah peniaga runcit.
“Super App” aplikasi gaya hidup serba baru dengan pelbagai promosi menarik!
Untuk pengetahuan korang aplikasi edisi kedua Sunway Theme Parks ini menawarkan pelbagai promosi dan pekej-pakej menarik hasil kerjasama rakan kongsi Sunway dan jenama tempatan.
Produk yang ditawarkan meliputi 13 bahagian perniagaan Suway iaitu Sunway Theme Parks, Sunway Malls, Sunway Property, Sunway Hotels & Resort serta Sunway Healthcare.
Bukan itu sahaja, aplikasi ini turut memberikan akses kepada rakan niaga mereka seperti Grabmaid, Foodpanda, The lorry dan banyak lagi. Ini termasuklah peniaga runcit lain yang berdaftar.
“Sunway Super App ialah Super App gaya hidup pertama seumpamanya di Malaysia. Ia menghubungkan pengguna kepada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh ekosistem Sunway yang meluas – bahagian perniagaan Sunway kami serta lebih daripada 1,500 peruncit dan rakan kongsi perniagaan kami yang sedia ada.
Ini merupakan peristiwa penting bagi Sunway dalam meneruskan perjalanan transformasi digital kami. Ia sentiasa menjadi salah satu matlamat kami untuk menyediakan platform yang menawarkan pengguna kepada akses mudah dan lancar dengan faedah ekosistem kami yang meluas,” kata Kevin Khoo, Ketua Pegawai Informasi Kumpulan Sunway.
Ganjaran tanpa had! Tebus mata ganjaran melalui program kesetiaan Sunway!
Direka dengan ciri-ciri khas untuk memberikan pengalaman yang lancar di setiap titik sentuhan, aplikasi ini juga boleh digunakan sebagai dompet digital bagi memudahkan transaksi tanpa tunai dan pembayaran terus tempat letak kereta pintar di seluruh pusat beli-belah dan premis Sunway.
Selain itu, pengguna aplikasi “Super App” juga akan menikmati pelbagai ganjaran eksklusif termasuklah program kesetiaan Sunway iaitu Sunway Pals yang menawarkan ganjaran tanpa had.
Apa yang perlu korang lakukan cuma tebus mata ganjaran dalam aplikasi atau dengan peniaga yang mengambil bahagian dalam program ini.
Sunway Theme Parks Mega Roadshow meriah dengan pelbagai aktiviti dan promosi!
Apa-apa pun korang jangan lupa untuk berkunjung ke Sunway Theme Parks Mega Roadshow untuk cuci mata dan sertai pelbagai aktiviti menarik yang diadakan disana.
Ada banyak pakej menarik yang ditawarkan antaranya pakej night park dengan tema “The Good, The Bad and The Wild”yang membolehkan korang merasai sendiri sambutan suasana malam minggu di negara orang putih.
“Dengan kerjasama lebih daripada 50 jenama bagi memperkasakan perdagangan sosial melalui Super App milik Malaysia. Taman Tema Sunway sejak beberapa dekad yang lalu telah menawarkan hiburan bertaraf dunia dan menjadi mercu tanda utama untuk destinasi pelancongan di rantau ini.”
“Sunway Theme Parks Mega Roadshow bertujuan untuk melibatkan pasaran pelancongan tempatan bersama-sama dengan rakan kongsi ejen pelancongan kami bagi mencari pasaran pakej percutian yang berpatutan dan destinasi berkualiti tinggi. Taman tema kami akan terus menjadi hab pelancongan di punca tertinggi di dalam bandar bersepadu Sunway.” Jelas Calvin Ho, Pengarah Eksekutif Taman Tema Sunway.
Jom terjah Sunway Theme Parks Mega Roadshow sekarang! Berikut ialah tarikh roadshow seterusnya.
AEON Mall Tebrau, Tebrau City Johor
- 14 Februari 2023 hingga 19 Februari 2023
Sunway Big Box Retail Park, Sunway City Iskandar Puteri, Johor
- 23 Februari 2023 hingga 26 Februari 2023
Sunway Carnival Mall, Penang
- 2 Mac 2023 hingga 5 Mac 2023
Jangan lupa untuk muat turun aplikasi “Super App” Sunway. Korang klik je link yang disediakan dibawah.
Google Play: “Super App” Sunway
Apps Store: “Super App” Sunway