berita

Lancar Strategi Baru, Stesen Radio Media Prima Kini Dikenali Sebagai Media Prima Audio

August 2nd, 2021 | by Iera Zahirah
Shout Out!

Platform radio Media Prima, RIPPLE kini ditukar kepada Media Prima Audio (MPA) sempena penjenamaan semula bagi melaksanakan strategi kandungan yang baharu selepas pelantikan pengurusan kanan yang diumumkan pada bulan Jun lalu.

RIPPLE kini dikenali Media Prima Audio

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Encik Nazri Noran telah melancarkan perubahan utama strategik termasuk penjenamaan semula semua stesen radio MPA, perubahan kandungan serta barisan penyampai. Dua stesen radio iaitu Hot FM dan FLY FM masih mengekalkan nama yang sama tetapi kandungan serta penyampainya adalah berbeza.

Manakala dua stesen radio lagi yang dikenali sebagai One FM dan Kool FM telah diberi nafas baharu sebagai 8FM dan Buletin FM.

Penjenamaan semula secara holistik ini pertama kali dilakukan oleh Media Prima Audio selepas 15 tahun beroperasi. Ini adalah untuk memberikan peluang kepada kami untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai stesen radio terkemuka di negara ini.

Siaran on-air bermula hari ini

Menurutnya, siaran on-air telah dimulakan pada hari ini dengan barisan penyampai dan logo serta jenama yang baharu serta perubahan positif yang dapat memberikan manfaat kepada syarikat.

Perubahan barisan penyampai untuk semua stesen adalah sebahagian daripada strategi baru kami agar jenama di bawah Media Prima Audio akan tampil lebih relevan dan mampu berdaya saing di pasaran. Terdapat banyak rancangan dan kandungan menarik yang akan diberikan bermula hari ini untuk pendengar Hot FM, Buletin FM, Fly FM dan 8FM.

Media Prima Audio juga turut teruja untuk memperkenalkan jenama aplikasi mudah alih yang baru iaitu Audio+ iaitu aplikasi baru yang menjadi pusat sehenti anda untuk mendapatkan pelbagai kandungan radio, digital dan sosial.

Antaranya adalah siaran radio secara langsung, podcast, video dan banyak lagi. Aplikasi yang lebih mudah dan tampil segar ini boleh di muat turun menerusi Google Play, App Store dan Huawei AppGallery.

SKIP THIS AD ×