berita

Langgar SOP PKP, Neelofa & Suami Dilepas Tanpa Dibebaskan

December 1st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor bersama suaminya, Muhammad Haris Ismail didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu.

Artikel berkaitan : Neelofa, Haris Mengaku Tidak Bersalah Langgar SOP Di Nilai

Artikel berkaitan : Isu Rentas Negeri Beli Karpet, Neelofa & Suami Selesai Beri Keterangan

Artikel berkaitan : Isu Rentas Negeri Beli Karpet, Sekali Lagi Polis Panggil Neelofa

Terbaharu, Neelofa bersama suaminya dilepaskan tanpa bebas oleh Mahkamah Majistret selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling menarik balik semua pertuduhan berkenaan.

Pihak pendakwaan tarik balik semua pertuduhan

Neelofa didakwa tidak membuat imbasan melalui aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual untuk mendaftar masuk di sebuah premis karpet di Nilai 3, Negeri sembilan.

Manakala Haris didakwa atas dua kesalahan iaitu tidak membuat imbasan melalaui aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka semasa berada di dalam premis berkenaan.

Dalam pada itu, peguam bela Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah mengatakan bahawa pihak pendakwaan telah menarik balik semua pertuduhan terhadap kedua-dua pasangan terbabit.

Pihak pendakwaan juga sudah menerima dokumen representasi yang kita dikemukakan sebelum ini dan Peguam Negara sudah bersetuju bahawa perkara ini bukanlah begitu besar tetapi dibesar-besarkan.

Satu proses kompaun akan berlaku sama ada hari ini atau esok (norminal amaun) dan selepas kita bayar kita datang balik, sebab kompaun bukan sesuatu perintah yang sama dengan didapati bersalah. Ia neutral tidak ada rekod langsung.

21 Disember tarikh buat keputusan untuk bebaskan

Ujarnya lagi perkara berkenaan sebenarnya tidak perlu berpanjangan atau berlarutan kerana keadaan Neelofa yang kini sedang hamil dan tidak sesuai untuk diteruskan.

Namun begitu, peguam bela yang mewakili Neelofa dan Haris tidak menyatakan kadar kompaun yang akan dikenakan namun menjangkakan kadar yang rendah.

Sungguhpun ketiga-tiga tuduhan itu kita boleh lawan dan mungkin dengan senang kita boleh menang, tapi ia akan berlarutan.

Walau bagaimanapun, pihak mahkamah telah menetapkan 21 Disember 2021 sebagai tarikh untuk membuat keputusan membebaskan Neelofa bersama suaminya.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×