berita

Langkah Sihat@Batu Caves Promosi Budaya Hidup Untuk Kekal Sihat!

October 21st, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Bersempena dengan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS), pada 16 Oktober lepas, telah diadakan aktiviti Langkah Sihat di Batu Caves yang mempunyai 272 anak tangga yang ikonik di Malaysia!

Bulan Malaysia Sihat Sejahtera website

Untuk pengetahuan korang, BMSS ni bertujuan untuk merealisasikan hasrat Kerajaan ke arah melahirkan Keluarga Malaysia yang sihat sejahtera menerusi pembudayaan hidup sihat, selain meningkatkan literasi kesihatan rakyat.

Ia juga merupakan pendekatan yang menekankan pembudayaan hidup sihat bukan sahaja untuk meningkatkan keupayaan imuniti badan dalam mencegah dan melawan sebarang jangkitan dan penyakit, malah demi penuaan yang sihat seluruh negara di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 11 November 2021.

Aktiviti Langkah Sihat @ Batu Caves ini dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama dan sokongan yang erat daripada pihak Pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam yang turut prihatin dalam mempromosikan budaya hidup sihat dalam kalangan Keluarga Malaysia. Seramai lebih 1,000 orang telah menyertai aktiviti ini. 

Rakan-rakan strategik yang lain terdiri daripada Tourism Malaysia, Persatuan Kebajikan Dinamik Sinar Kasih dan Majlis Belia Malaysia. 

Pelbagai aktiviti promosi budaya hidup sihat telah diadakan sempena Langkah Sihat @ Batu Caves seperti aktiviti Kayuhan Sihat (basikal statik yang mengisar jus), Zon Aktif dan Interaktif (promosi aktiviti fizikal, runding cara hidup sihat dan juga aktiviti pendidikan pencegahan denggi.

Aktiviti Langkah Sihat @ Batu Caves telah menjadi satu platform indah bagi Keluarga Malaysia meraikan budaya hidup sihat beserta keharmonian yang saling menghormati agama dan kepercayaan pelbagai agama dan bangsa.

Layari www.bmss.my untuk kalendar aktiviti BMSS sepanjang Oktober ini.

SKIP THIS AD ×