Ramai cakap bercuti di Langkawi ni mahal? Betul ke? Eh..siapa cakap, kalau korang rancang dengan betul, memang tak akan lari bajet korang!
Kini, Langkawi tak macam dulu dah! Ada pelbagai tempat yang menarik korang kena pergi. Jom admin kongsikan antara tempat-tempat baharu yang min lawati dan aktiviti menarik yang korang kena cuba!
Ini antara tarikan-tarikan menarik di Langkawi..
Sebagai destinasi pelancongan yang dikelilingi lautan, mestilah rasa nak bermandi manda di pantai dan bermain aktiviti air bila korang tiba di Langkawi kan? Tapi kali ni min nak kongsikan aktiviti-aktiviti menarik yang korang boleh cuba nanti selain aktiviti air.
Dream Forest Langkawi
Bila min masuk ke dalam hutan ni, suasana Dream Forest ni seakan-akan dunia magis yang menakjubkan! Hutan ajaib ini adalah yang pertama di Malaysia.
Perjalanan imersif ini dipenuhi dengan keajaiban teknologi pelbagai deria, unjuran peta, pencahayaan canggih dan skop bunyi sepanjang 1.2km tau!
Sepanjang berada dalam hutan magis ini, skop bunyi menceritakan tentang kisah legenda Langkawi seperti Kisah Puteri Dayang Bunting, Tun Teja, Merong Mahawangsa, dan Gunung Machinchang.
Bayangkan seperti korang memasuki dunia Avatar, taman imersif Hutan Impian ini menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan!
Tiket masuk ke sini boleh dibeli melalui Klook! Korang boleh klik di sini.
Selepas berjalan hampir sejam di dalam Dream Forest Langkawi, korang mesti lapar kan? Jom min bawa korang dinner di Restoran Paloh.
Restoran Paloh, Temple Tree, Chenang
Restoran Paloh ni bukan sekadar restoran biasa, tetapi ia merupakan sebuah Resort Warisan yang mengekalkan konsep senibina tradisional Malaysia seperti Penang Colonial House, Rumah Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
Tempat ini telah menjadi destinasi kuliner yang mengangkat budaya dan keindahan alam Langkawi. Menu mereka adalah gabungan antara hidangan tradisional Malaysia dan teknik kuliner modern.
Korang juga boleh klik SINI untuk buat tepahan awal di Paloh Restaurant.
Langkawi UNESCO Global Cruise
Kali ni, min terokai pula pulau-pulau kehijauan dan geopark yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kali keempat pada tahun ini.
Sepanjang perjalanan di dalam bot ini, terdapat lebih 40 spesies paya bakau di Geopark Kilim ni dan ia merupakan spesies terbanyak di seluruh Malaysia.
Selain itu juga, terdapat Gua Buaya yang dipenuhi dengan kelawar-kelawar yang tergantung di lelangit gua. Gua batu kapur ini mendapat nama sebagai Gua Buaya kerana rupa bentuk luar gua ini seakan-akan rupa mulut buaya gergasi.
Selepas itu, kami singgah di lokasi burung helang makan, di mana min melihat lautan yang terbentang luas selain melihat burung helang yang menjadi ikon Pulau Langkawi ini terbang bebas di langit dan menjunam menangkap makanan mengelilingi kami.
Tiket masuk juga boleh dibeli melalui Klook. Korang boleh klik di sini.
Tak cukup puas lagi dengan aktiviti air? Jom min bawa korang ke Pantai Cenang Water Activities pula!
Aktiviti Air di Pantai Cenang
Di sini, korang bukan hanya boleh bermandi mandi di pantai dan bermain bola tampar je, malah korang juga boleh menaiki jetski, banana boat, parasailing dan banyak lagi!
Min juga berpeluang menunggang jetski melalui ombak yang bergelora di pantai! Tapi korang kena berhati-hati tau, ombak sini boleh tahan tinggi jugak! Takut terpelanting korang nanti!
Tak lupa juga, aktiviti yang paling best min cuba adalah parasailing! Korang akan menaiki satu bot dan akan dipakaikan harness dan ia akan dicantumkan dengan payung terjun! Kemudian, kru bot akan menaikkan korang dengan meningkatkan kelajuan bot sampai korang terus terbang ke langit!
Pemandangan di atas langit memang cantik sangat dan korang boleh nampak seluruh Pantai Chenang!
Korang boleh tempah melalui link di sini.
Langkawi Skycab & Skybridge
Sepanjang 2.2km, kereta kabel ni lagi panjang daripada Switzerland! Kalau nak cerita tentang tinggi dia, fuh! Memang gayat habis! Tapi, pemandangan dia memang mengujakan! Korang boleh nampak seluruh pulau-pulau yang terdapat di Langkawi.
Kereta kabel pon ada yang jenis baru tau! Terdapat 4 jenis iaitu Standard Gondola, Glass Gondola, 360 Gondola dan VIP Gondola. Yang min naik adalah 360 Gondola, iaitu gondola yang tiada tingkap dan juga lantai bergelas!
So memang korang akan rasa kedinginan angin di atas puncak gunung!
Tempat yang baharu yang akan dibuka Disember ini adalah Eagle’s Nest Skywalk Langkawi, di mana ia adalah sebuah platform sepanjang 38 meter di puncak Gunung Machinchang pada ketinggian 650 meter!
Tidak lupa juga dengan Skybridge yang panjangnya 125 meter, ia merupakan jambatan gantung yang paling panjang di dunia! Angin di atas jambatan ni memang kuat tau, jadi korang kena hati-hati dengan barang peribadi korang!
Selepas itu, min pergi ke 3D Art Museum di mana satu tarikan yang imersif dan penuh dengan ilusi yang sangat instagrammable! Dengan keluasan 21,000 kaki persegi, memang korang akan terpukau dengan ilusi-ilusi lukisan dalam tempat ini.
Semua pakej Skycab ini juga boleh didapati di Klook!
Underwater World Langkawi
Menempatkan 4000 hidupan akuatik dan 500 spesies, Underwater World merupakan akuarium marin dan air tawar terbesar di Asia Tenggara.
Kawasan pertama yang korang akan masuk adalah Zon Hutan Hujan Tropika di mana burung tropika seperti Swan, Itik Mandarin dan Flamingo terbang bebas di sekeliling habitat mereka.
Min juga dapat tengok staf di sini mengutip telur ikan yu dan memindahkannya ke dalam inkubator supaya dapat ditetaskan dengan selamat.
Selain itu, terdapat Zon Iklim Sederhana dan Antartik yang menempatkan haiwan seperti Anjing Laut Selatan yang comel dan penguin-penguin yang berkeliaran dan berenang dalam habitat mereka. Memang best!
Klik link di sini untuk tawaran trip Underwater World Langkawi.
Pontoon Fun Cruise
Untuk penutup pengembaraan di Langkawi, min juga sempat menaiki Pontoon Cruise oleh Klook untuk menikmati suasana pemandangan matahari terbenam.
Kalau korang masih lagi bertenaga, korang juga boleh menaiki banana boat, berenang di dalam laut, paddle board dan juga meluncur gelongsor di atas Pontoon!
Pontoon Fun Cruise ini juga boleh ditempah melalui Klook. Klik link di sini.
Kepada pelancong yang ingin melawat ke Langkawi, min syorkan korang pergi ke tempat-tempat yang min kongsikan. Tak lengkap percutian korang kalau tidak pergi ke tempat-tempat tarikan ini dekat Langkawi.
Terima kasih Klook di atas pengalaman yang sangat berharga ini.