Kalau ada anak kecil, kucing, atau dua-dua sekali dalam rumah…memang susah nak kekalkan lantai atau sofa sentiasa bersih. Baru je vacuum semalam, hari ni dah penuh bulu, sisa makanan, pasir kucing atau kesan tumpah susu. Belum campur bau yang melekat dekat fabrik sofa. 

Lagi-lagi kalau jenis sofa warna cerah, memang nampak semua ‘bukti jenayah’ dekat situ.

Sebab tu sekarang ramai mula cari gajet membersih yang lebih praktikal untuk bersihkan lantai, sofa dan kawasan rumah dengan cepat tanpa perlu keluarkan vacuum besar setiap kali. 

Antara yang tengah ramai recommend sekarang ialah vacuum mop jenis cordless yang datang sekali dengan pelbagai attachment khas untuk sofa, tilam, karpet dan bulu haiwan. Jom kami kongsikan antara jenama yang mendapat tempat dihati pengguna berserta ciri-cirinya!

Corvan X8 Self Clean 4-in-1 Mop, Vacuum, Steam and Sterilize

Corvan X8 antara model yang makin popular kerana ia menggabungkan vacuum, mop, steam dan fungsi sterilize dalam satu peranti. 

Gajet ni sesuai untuk rumah yang ada anak kecil atau haiwan peliharaan sebab boleh bersihkan habuk, bulu haiwan dan kesan melekit dengan lebih cepat tanpa perlu mop manual berkali-kali. Ia juga hadir dengan self-cleaning station yang boleh kumpul habuk secara automatik dan caj vacuum sekali.

Antara ciri menarik model ni ialah suction power 250AW, HyperVision green LED untuk menampakkan habuk halus serta auto dirt detect yang boleh adjust kuasa sedutan secara automatik ikut tahap kekotoran lantai. 

Beratnya sekitar 2.5kg dengan runtime sehingga 60 minit dan tangki habuk 500ml. Harga pasaran pula sekitar RM1,895 hingga RM1,998 bergantung pada promosi semasa. 

Korang boleh dapatkannya di Shopee atau laman web rasmi Corvan.

Dyson Digital Slim Submarine 

Dyson Digital Slim Submarine™ antara model Dyson yang tengah ramai survey sekarang kerana ia bukan sekadar vacuum cordless biasa, tetapi hadir sekali dengan fungsi wet cleaning untuk mop lantai. Model ni direka khas untuk pengguna yang nak rumah sentiasa bersih tanpa perlu gunakan vacuum dan mop berasingan.

Antara kelebihan utama Dyson ni ialah reka bentuknya yang lebih ringan sekitar 2kg lebih sahaja dan slim berbanding siri Dyson lain, jadi lebih mudah digunakan untuk membersihkan sofa, bawah katil, tangga dan ruang sempit.

Ia juga sesuai untuk rumah yang ada kucing atau anjing kerana ia hadir dengan Hair Screw Tool anti-tangle yang boleh menyedut bulu haiwan serta rambut tanpa tersangkut di roller. 

Untuk fungsi mop pula, model ni menggunakan Submarine™ wet roller head yang boleh mencuci lantai menggunakan air bersih sambil mengasingkan air kotor ke tangki berbeza.

Jadi lantai nampak lebih bersih tanpa meninggalkan streak atau kesan melekit. Dyson juga claim sistem penapisan dia mampu memerangkap 99.99% habuk halus dan allergen sehalus 0.3 mikron.

Model ini juga menawarkan suction power sehingga 100AW dengan runtime sekitar 40 minit bergantung pada mode penggunaan, sistem Fully sealed HEPA filtration, Slim Fluffy™ cleaner head, tiga cleaning modes dan LCD display pintar.

Untuk pasaran Malaysia, harga rasmi model ini biasanya sekitar RM1,999 hingga RM3,099 bergantung pada pakej dan promosi semasa.

Korang boleh dapatkannya di laman web rasmi Dyson. 

Tineco Floor One S9 Artist Steam Pro Wet Dry Vacuum Cleaner

Tineco pula popular dalam kategori wet & dry vacuum mop kerana ia boleh vacuum dan mop sekali jalan. 

Ramai pengguna memilihnya kerana gajet ini menggunakan smart sensor untuk mengesan tahap kotoran lantai dan melaraskan sedutan secara automatik, jadi kerja membersih terasa lebih effortless.

Selain fungsi self-cleaning, model ni juga mempunyai anti hair-tangle roller yang sesuai untuk rumah yang mempunyai haiwan peliharaan dan masalah rambut panjang yang sering jatuh di lantai. 

Sesetengah model Tineco turut dilengkapi steam cleaning bagi membantu hilangkan bakteria serta kesan melekit di lantai. 

Beratnya sekitar 4 hingga 5kg bergantung pada model dengan runtime sekitar 35 hingga 50 minit. Harga pula biasanya sekitar RM2,500 hingga RM3,000 untuk model premium.

Korang boleh dapatkannya di Shopee atau Harvey Norman. 

LG CordZero All-in-One Tower A9X Wireless Vacuum Cleaner

LG CordZero pula lebih terkenal dengan konsep membersih yang premium dan kemas. 

Model ini hadir dengan All-in-One Tower yang bukan sahaja boleh mengecaj vacuum tetapi juga mengosongkan habuk secara automatik dan simpan aksesori dalam satu tempat. Jadi rumah nampak lebih teratur tanpa wayar berselerak.

Vacuum ini juga mempunyai steam mop, multiple cleaning heads dan battery life sehingga 60 minit. 

Ia sesuai untuk rumah yang besar kerana kuasa sedutannya yang lebih stabil dan pengguna boleh menukar attachment untuk sofa, tilam atau ruang sempit dengan mudah. 

Beratnya sekitar 2.7kg hingga 3kg dan harga pasaran di Malaysia sekitar RM3,399 hingga RM3,799.

Korang boleh dapatkannya di laman web rasmi LG, Lazada atau Harvey Norman.

Xiaomi Mi Robot Vacuum S10+

Kalau jenis sibuk bekerja atau tak sempat vacuum setiap hari, robot vacuum Xiaomi S10+ memang menjadi pilihan ramai kerana semuanya automatik. 

Model ini boleh vacuum dan mop sendiri mengikut jadual yang ditetapkan dalam aplikasi.

Ia menggunakan smart mapping navigation untuk detect ruang rumah dan mengelakkan dari melanggar perabot atau tangga. 

Selain itu, robot vacuum ini juga sesuai untuk penggunaan harian kerana ia boleh mengutip habuk, pasir litter dan bulu haiwan secara konsisten walaupun pengguna tiada di rumah.

Berat unit utama sekitar 3.8kg dan harga pasaran di Malaysia pula adalah RM2,099. Korang boleh dapatkannya di laman web rasmi Xiaomi.

Kesimpulannya, gajet pembersihan sekarang bukan lagi sekadar “barang extra” dalam rumah, tetapi dah jadi antara benda yang ramai rasa sangat membantu untuk mudahkan rutin harian.

Terutamanya kalau ada anak kecil, kucing atau anjing. Bila proses vacuum dan mop jadi lebih cepat, ringan dan praktikal, kerja membersih rumah pun tak terasa terlalu memenatkan.

Sama ada korang prefer vacuum cordless, vacuum mop 2 dalam 1 atau robot vacuum automatik, semuanya bergantung pada gaya hidup, saiz rumah dan bajet masing-masing. Yang penting, pilih gajet yang betul-betul sesuai dengan keperluan harian supaya rumah lebih selesa, bersih dan kurang stress untuk dijaga.