berita

‘Lantaklah Orang Nak Kata Apa Pun’ – Wakil Kelab Fanatik BTS Tak Heran Dengan Kecaman

September 24th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kemeriahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke 32 telah melabuhkan tirai. Artis Paling Popular Berita Harian kali ini disandang oleh pelakon cantik jelita Mira Filzah. Namun salah satu kategori yang dipertandingkan menjadi isu di kalangan netizen.

Salah satu kategori iaitu kategori Artis Luar Paling Popular dimenangi oleh kumpulan dari Korea iaitu BTS. Aksi yang dikatakan keterlaluan dari wakil kelab peminat fanatik kumpulan itu yang menerima trofi kemenangan mendapat kecaman netizen. Terbaru, menerusi Mstar, wakil tersebut bernama Mastura Jamil mengaku kesilapannya yang terlalu teruja semasa menerima trofi.

Siapa mak cik ni?

Video tersebut memaparkan aksinya yang sungguh teruja menerima trofi sebagai wakil kumpulan BTS mendapat kecaman netizen. Ramai yang tertanya-tanya siapakan sebenarnya wanita ini yang diberi kepercayaan untuk menjadi wakil BTS.

Tak buat sebarang persiapan

Dia yang berusia 50 tahun mengaku tidak membuat sebarang persiapan untuk mewakili kumpulan tersebut. Hal ini kerana dia hanya hadir ke pentas ABPBH sebagai seorang penyokong.

Memang saya tak buat apa-apa persiapan, baik ucapan mahupun pakaian. Mungkin kerana terlalu teruja sampaikan nampak macam over pula. Iyalah, siapa yang tak excited apabila penyanyi kesayangan menang sesuatu anugerah.

Saya sedar ramai yang kecam di laman sosial, jadi sebagai manusia biasa saya nak memohon maaf kepada mana-mana pihak yang berasa kurang senang dengan apa yang saya lakukan.

Tak berkecil hati

Selain itu, dia turut tidak berasa kecil hati terhadap kritikan yang dilemparkan netizen terhadap dirinya. Dia beranggapan setiap individu mempunyai pendapat peribadi yang tersendiri.

Lantaklah orang nak kata apa pun, niat saya pada waktu itu hanya naik atas pentas untuk ambil trofi bagi pihak BTS.

Ada juga ahli Army yang lain tanya kenapa saya tak bersiap sedia dengan ucapan dan pakaian sebagainya… saya terangkan semula saya datang sebagai penyokong dan tak sangka akan jadi wakil untuk naik pentas.

Biarlah orang nak troll sekalipun yang penting kami semua enjoy di sana dan datang untuk sokong BTS.

Tak menumpang populariti BTS

Di samping itu, dia turut menepis dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa pihak penganjur Berita Harian hanya menumpang populariti BTS. Dia juga berkata pihaknya akan menghantar trofi kemenangan tersebut kepada pengurusan BTS yang berpangkalan di Korea Selatan.

Mendapat kecaman netizen

Sumber: TwitterMstar

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×