Selepas lapan hari menjalani rawatan dan kuarantin akibat dijangkiti Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, pelakon Intan Ladyana akhirnya dibenarkan pulang ke rumah.
Intan yang kini sedang hamil bersyukur kerana kesihatannya kembali pulih, namun masih perlu berehat selama beberapa hari sebelum kembali menjalani kehidupan seperti normal.
Saya dah pulang ke rumah
Assalamualaikum. Alhamdulillah, saya kini berada di rumah. Sambung berehat untuk beberapa hari lagi. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan ucapan cepat sembuh. Saya memohon maaf kerana tidak dapat membalas mesej kepada setiap seorang secara individu.
Menurut Intan, pihak hospital telah memberi kebenaran buat dirinya untuk pulang ke rumah. Namun begitu, dia terpaksa sambung rehat untuk beberapa hari lagi sebelum menjalani kehidupan seperti biasa.
Saya mahu mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat tahun baru. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik, kebahagiaan hidup dan jauh daripada segala malapetaka dan bencana. Amin,
Pelakon filem Adnan Sempit itu turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya dan bayi di dalam kandungan. Intan sempat berkongsi sekeping foto bersama suaminya, Harris Alif dalam Instagramnya sebentar tadi. Selain Intan, Harris Alif turut disahkan positif Covid-19. Harris telah menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Sumber: Intan Ladyana