Foto: India Times
Seorang lelaki di India memfailkan saman terhadap bapa kandungnya kerana melarikan diri bersama isterinya.
Lari ikut bapa mentua
Lelaki yang dikenali sebagai Pawan Vairagi mendakwa bapanya, Ramesh Wairagi telah menggoda isterinya sehingga wanita itu nekad meninggalkan anak mereka yang baru berusia enam bulan. Malah, dia juga mendakwa terpaksa menceraikan isterinya itu. Bukan hanya melarikan diri bersama menantu, Ramesh juga turut mengambil motosikal milik Pawan.
Walau bagaimanapun, Pawan tidak menyalahkan isterinya sebaliknya menegaskan bahawa wanita itu sebenarnya ditipu oleh Ramesh.
Sementara itu, pegawai dari balai polis Sadar iaitu Arvind Bhardwaj berkata, siasatan sedang dijalankan dan mereka giat menjejaki pasangan tersebut dan motosikal Pawan.
Sumber: India Times