
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Rengit bakal mengadakan Fun Run Charity 2025 pada 25 Oktober ini dengan objektif mengumpul dana pendidikan serta pemulihan bagi anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU) di kawasan setempat.
Artikel Berkaitan: Keluarga Itu, Bidaah & Aku Bukan Ustazah 2 Antara Karya Tercalon Bagi Kategori ‘Drama Paling Viral’
Artikel Berkaitan: Cik B, Ryan Bakery, Mek Yun & Sofea Shra Antara Yang ‘Berentap’ Rebut Kategori ‘Digital Content Creator Paling Viral’
Fun Run Charity

Acara yang dijadualkan bermula seawal 6 pagi di perkarangan PDK Rengit ini mengetengahkan larian santai sejauh 5 kilometer dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk keluarga, komuniti, korporat dan individu prihatin.
Pengerusi PKPDK DUN Rengit, Halidah Baba, berkata, acara ini bukan sekadar aktiviti sukan, malah platform untuk menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan pendidikan dan sokongan awal kepada anak-anak OKU.
Melalui program seperti ini, masyarakat dapat melihat peranan PDK dalam memberi latihan, pendidikan serta intervensi awal bagi membantu anak-anak OKU berdikari dan menyumbang kepada masyarakat.
Sementara itu, pengarah projek, Mohd Zaidi Palidin, berkata, dana yang dikumpul akan digunakan bagi menyediakan peralatan terapi dan pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak OKU dan autisme.
Objektif utamanya adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai peranan PDK sebagai pertubuhan yang menjalankan program2 pendidikan secara praktikal untuk anak-anak OKU dan Austism.
Ramai masyarakat masih tidak tahu apa itu PDK dan kurang ambil peduli dengan usaha murni yang telah dilakukan pertubuhan ini meski ia sudah wujud sejak 20 tahun yang lalu selain apakah cabaran yang dilalui kami.
Melalui PDK Rengit Fun Run Charity ini juga, kita dapat menyebarkam kasih sayang kepada anak-anak OKU dan Autism yang amat memerlukan sokongqn masyarakat.
Dengan hanya RM40, masyarakat bukan sahaja menyertai aktiviti sihat, tetapi juga menyumbang kepada masa depan mereka.
Hadiah & cabutan bertuah

Dalam pada itu, rakan penganjur, Yanie Baharom dari Rich Quinn Media Sdn Bhd, menyeru orang ramai agar segera mendaftar sebelum tarikh tutup.
Pendaftaran amat mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian. Kami juga mengalu-alukan penaja kerana dana ini akan memberi impak besar kepada pembangunan pelatih PDK.
Penyertaan dikenakan yuran sebanyak RM40 seorang, merangkumi race kit lengkap iaitu jersi rasmi, medal penamat, nombor bib, sijil penyertaan dan sarapan pagi.
Tawaran early bird pada harga RM35 untuk 50 peserta pertama sudah habis ditempah, namun pendaftaran masih dibuka sehingga 5 Oktober 2025.
Selain berlari, peserta juga berpeluang membawa pulang lebih 30 hadiah cabutan bertuah, termasuk hadiah utama sebuah televisyen 50 inci.
Pengambilan race kit akan dibuat pada 23 dan 24 Oktober 2025 dari jam 9 pagi hingga 6 petang di PDK Rengit.
PDK merupakan program di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang menyediakan khidmat pemulihan, latihan, pendidikan dan sokongan sosial kepada OKU dengan penglibatan komuniti.
Ditubuhkan secara rasmi pada 2017, kini PDK Rengit membimbing 38 pelatih OKU dalam pelbagai kategori termasuk autisme, sindrom Down, ADHD, masalah fizikal dan pendengaran, dengan tenaga pengajar terdiri daripada seorang penyelia dan enam petugas.
Maklumat lanjut mengenai pendaftaran boleh layari laman rasmi pdkrengitfunrun.rqmservice.com atau Facebook Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti PKPDK DUN Rengit.
Boleh juga menghubungi 010-877 9676 (Kak Bed), 011-1066 0478 (Ajid Burger), 012-788 6348 (Zaidi) dan 010-250 8900 (Abby).








