berita

LAWA | 10 Cara Untuk Dapat Mekap Dewy Yang Simple Dan Senang Untuk Ke Ofis

December 10th, 2018 | by Farah Adibah
Kini Trendy

Tahun 2018 ni, ada satu trend yang semua wanita kat luar sana idamkan. Iaitu untuk mekap ala dewy skin ataupun glass skin. Dewy skin atau glass skin ni apa sebenarnya? Sebenarnya mekap dewy ni lebih kurang macam no makeup, makeup look. Mekap ni nampak natural walaupun sebenarnya kita pakai mekap.

Glass skin mekap pulak lebih kepada penggunaan liquid produk dan tak gunakan powder. Mekap dewy ni sesuai untuk you guys pakai untuk ke kerja ataupun untuk bersantai.

Katy nak bagi tahu yang semua jenis kulit sesuai untuk buat look ni. Daaan mesti kulit kering agak risaukan takut  tak sesuai. Tapi sebenarnya kulit girls yang kering sesuai jugak untuk buat look ni, sebabnya kulit korang takkan menghasilkan minyak berlebihan jadiiii mekap korang tu akan terletak dari pagi sampai ke malam.

Sebabnya model kita ni kulit dia kering sedikit atau Katy sebut sebagai ‘flat’. Flat tu bermaksud kulit tak berminyak. Jadiiii Katy akan transform model cantik macam Maya Karin dan ajar korang satu persatu macam mana nak mekap dewy look ni.

Step 1 – Serum dan moisturizer

Untuk pastikan korang dapat mekap yang glowing dan flawless, korang kena pastikan yang muka di prep dengan skincare yang baguih dan cukup.

Jadiii mula-mula sekali korang kena apply serum dan moisturizer. Ni step yang paling penting untuk nampak makeup korang natural waktu akhir.

Lepas korang apply serum dan moisturizer korang kena bubuh primer dekat muka korang. Kenapa nak bubuh primer pulak? Sebabnya moisturizer dan serum tadi cuma beri efek natural glowing, tapi primer ni adalah untuk kunci foundation korang nak tempek kejap lagi.

Lagi satu rahsia untuk nak nampak dewy, korang kena sapu liquid highlighter dekat muka korang. Kata pun makeup dewy kan? kalau tak letak liquid highlighter ni tak nampak lah dewy nanti girlss.

Step 2 – Kening on point

Sebelum kita tempek foundation kita lukis kening dulu. Katy suka lukis kening dulu sebab takdalah kotorkan foundation tu nanti. Lagipun finishing dia lagi kemas kalau kita lukis kening dulu.

Korang pastikan kening korang tak terlalu pekat tau untuk mekap look ni. Sebab mekap ni kan ala natural macam tu, jadiii kalau boleh jangan terlalu pekat.

Step 3 – Foundation, concealer dan contour

Ni favorite part Katy, sebab apa kat sini korang boleh sorok segala cacat dan cela di muka korang. Daaan yang pasti buat kulit kita nampak macam flawless! Pastikan korang pilih warna foundation dan concealer yang betul. Daaaan jangan lupa contouring jugak!

Korang pastikan korang check foundation tu dekat muka korang tau, bukan di pergelangan tangan. Sebabnya pergelangan tangan kita ni lagi terang dari kulit muka kita. Kalau korang check dekat pergelangan tangan korang nanti muka korang akan nampak kelabu bila tempek foundation yang salah.

Step 4 – Tempek powder

Lepas korang dah tempek foundation, korang kena pastikan yang korang letak powder dekat muka korang. Daaan untuk girls kat luar sana yang ada smiling lines atau garisan di bawah mata, korang kena BAKED guna translucent powder tau.

Step ni sangat penting untuk pastikan makeup korang tahan sampai malam, kalau korang tak powder muka nanti bila dah petang mula bercapuk.

Step 5 – Guna 3 warna eyeshadow je!

Pemilihan eyeshadow untuk dewy look ni takdalah terlalu pekat. Sebab kita nak mekap yang nampak natural dan cuma hasilkan efek glowing tu.

Jadi 3 warna yang Katy pilih ni untuk beri efek yang natural yang sesuai untuk dewy look ni. Memula sekali korang kena ambil warna light brown untuk base, Hazelnut brown untuk tambahkan sedikit warna dan chocolate shimmer untuk nampak efek glowing tu. Bukan muka je kena glowing tau guyss.

Untuk bawah mata pulak, korang letak warna Hazelnut brown. Hati-hati dalam memilih tona warna coklat ni. Sebab untuk capai look natural ni kita taknak warna chocolate yang terlampau pekat, nanti jadi smokey eye pulak.

Jangan skip tau letak eyeshadow bawah mata. sebabnya kan tadi kita BAKED bawah mata dengan powder. Bila kita letak eyeshadow bawah mata, ianya akan beri sedikit warna pada tona kulit kita. Sebab tu nampak macam sihat dan flawless!

Step 6 – Pemerah pipi untuk nampak manis

Okay guys, Katy tahu korang mesti tertanya kenapa pemerah pipi dia tak nampak sangat. Guys, kita nak look yang natural. Natural tak bermaksud kita kena tempek blusher sampai merah mak ngah.

Dalam dewy look ni, blusher yang korang kena letak adalah blusher yang buat korang nampak manis. Maksudnya, korang jangan lah tonyoh kuat-kuat. Korang DAB sikit je blusher tu sampai nampak merah jambu sedikit. Kan nampak lagi manis macam tu.

Step 7 – Highlighter

 

Ni favorite part Katy. Apply highlighter, korang ingat tak before step ni Katy suruh letak blusher nampak manja tu? Ni lah sebabnya kenapa blusher tu kena apply manja.

Dalam dewy look ni, korang boleh apply highlighter sebanyak mana pun korang nak sampai korang capai kulit glowing tu. Tapi blusher tak boleh terlampau pekat, sebabnya blusher yang pekat akan nampak muka korang macam sunburn dengan highlighter yang banyak.

Lagi satu, jangan lupa letak highlighter dekat inner corner mata korang tau. Dengan cara ni boleh buat mata korang nampak besar dan segar sikit.

Step 8 – Maskara untuk bulu mata lentik

Semua orang idamkan untuk ada bulu mata yang lebat dan lentikkan? Jadiiii, dalam mekap look ni maskara memang takkan ditinggalkan! Sebab maskara ni yang buat mata kita nampak besar.

Dengan adanya maskara ni, kalau korang kenyit mata dekat jodoh korang mesti dia terpikat, hehe. Katy gurau je guyss!

Step 9 – Lipstick warna nude

Akhir sekali padankan dengan lipstick warna nude. Sebab look ni natural, kalau dikenakan dengan lipstick merah hilanglah natural dewy look tu kan?

Lepas apply lipstick tu, korang apply lah gloss sikit untuk orang yang ada bibir kering. Sebabnya bila pakai lipstick matte bibir kita akan nampak merekah. Untuk beri efek seperti bibir lembap kita tempek lip gloss atas lipstick tu.

Step 10 – Setting spray

Lepas je korang apply setting spray terus makeup korang nampak dewy. Hebat dan senang tak nak buat look dewy ni? Setting spray ni korang jangan tinggalkan tau!

Sebab setting spray ni yang buat semua blusher, highlighter, foundation, dan powder tadi berpegang teguh antara satu sama lain.

Katy akan list kan dekat korang produk yang korang perlu ada untuk capai dewy look ni :

Step 1 – Skincare & prep product

  • Serum
  • Moisturizer
  • Liquid highlighter
  • Primer

Step 2 – Eyebrow pencil

Step 3 – Base makeup

  • Foundation
  • Concealer
  • Contour

Step 4 – Powder

Step 5 – Eyeshadow

Step 6 – Blusher

Step 7 – Highlighter

Step 8 – Mascara

Step 9 – Lipstick & Lip Gloss

Step 10 – Setting Spray

Jadi ni lah hasil selepas ke semua 10 step tadi. Tak susah kan nak buat? Korang kena cuba dulu tau, dan kena sentiasa praktis untuk dapat look yang macam ni. You girls boleh okay!

Apepun jangan lupa tengok video penuh macam mana nak buat mekap macam ni step by step dekat Facebook Kini Trendy.

Gambar Dari : @facesbyfaralee

SKIP THIS AD ×