berita

LAWA | Cantikkan Sanggul Masa Berpantang Macam Ni

February 26th, 2019 | by Khristabelle
Kini Trendy

Skarf scrunchie is back in trend! Sekarang ni kedai-kedai akessori rambut bersepah dengan skarf scrunchie. Macam-macam pattern dan colour ada. Rambang mata Sis Katy tengok. Rasa macam nak borong satu kedai.

Biasanya girls akan ikat ponytail tapi korang pun boleh stail rambut macam-macam dengan skarf scrunchie. So dalam artikel ni, sis Katy akan ajar macam mana nak stail rambut dengan skarf scrunchie selain ikat ponytail.

Trend Akessori Rambut Kitar Zaman 90-an Kini Kembali!

Skarf scrunchie sangat versatile dan mudah dipakai! Korang boleh cantikkan stail rambut yang simple AND! Korang boleh ikat skarf scrunchie kat bag tangan korang as a pop of colour. 

Kali ni, sis Katy nak ajar macam mana nak buat sanggul tocang tinggi dengan skarf scrunchie. 

  1. Ikat ponytail tinggi
  2. Buat tocang & ikat.
  3. Lilit tocang supaya menjadi sanggul.
  4. Ikat dengan scrunchie scarf yang cantik.
  5. Kemaskan anak rambut dengan sikat & hairspray 

Kalau korang jenis yang lebih suka tutorial video daripada membaca, tengok lah video ni.

Kalau korang suka belajar tutorial kecantikan on LAWA , share artikel dan video ni, follow danlike Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti trend mekap, fashion dan lifestyle wanita yang terkini.

 

The following two tabs change content below.