berita

LAWA | Tukar Aura Penampilan Diri dengan 3 Warna Lipstik Berbeza

January 18th, 2019 | by Khristabelle
Kini Trendy

Semua peminat tegar mekap dah tahu yang lipstick is an instant gamechanger. Kalau masa dah suntuk atau malas sangat nak mekap, calit je lipstik pada bibir.

Kalau korang was-was nak cuba warna yang lain daripada koleksi lipstik korang, sis Katy rekomenkan TIGA warna lipstik berbeza yang boleh serlahkan lagi penampilan korang.

Bosan dengan warna lipstik yang sama?

Korang percaya tak yang warna lipstik pilihan biasanya mengambarkan personaliti si pemakai? Sis Katy pula percaya yang warna lipstik boleh menyerlahkan personaliti si pemakai.

Tiga warna lipstik ni memang favourite sis Katy sebab boleh buat sis rasa lebih feminine, confident dan seksi pada masa yang sama.

Baca artikel ni sampai habis untuk 3 warna lipstik yang korang kena cuba untuk jadi trendy dan edgy.

Look  1 – Lipstik Nude

Produk-produk lipstik warna nude memang berlambak di pasaran tapi Sis Katy masih ada kawan-kawan yang tak berani nak kenakan warna nude pada bibir. Takut muka nampak pucat katanya.

Warna nude pada bibir dapat berikan ilusi wajah korang tampak lembut dan sihat! So kalau korang jenis yang takut nak calit lipstik nude, DON’T BE!

Once korang dah jumpa warna nude yang perfect dan sepadan sangat dengan warna kulit korang, korang confirm nak beli supply untuk seumur hidup. Lipstik nude sangat sesuai digayakan untuk solekan harian.

Tip Sis Katy: Untuk sultry look, gayakan lipstik nude dengan solekan smokey eyes.
Boleh bayangkan dah, korang mesti nampak HOT!

Look 2 – Lipstik Hot Pink

I love warna lipstik HOT PINK yang MUA kenakan pada bibir model dalam video LAWA. Barbie pun boleh jealous kot tengok rona ni.

Kalau korang jenis yang selalu kenakan lipstik-lipstik pink yang lembut, warna hot pink is always a great idea. Jangan takut untuk eksperimen dengan look korang. It’s just makeup, girls. Kalau rasa macam tak sesuai, makeup remover kan ada.

Tip Sis Katy: Bila tempek blusher di pipi, keep it to minimum.
Kalau wajah terlalu pink, rupa korang macam Patrick dari kartun SpongeBob.
Unless itu memang look yang korang nak. Silakan.

Look 3 – Lipstik Hitam

Bila terfikir nak pakai lipstik hitam memang intimidating sebab jarang tengok orang pakai lipstik hitam untuk calitan harian. Kita biasa kaitkan lipstik hitam dengan orang-orang emo atau gothic je.

Tapi korang tahu tak, lipstik hitam sebenarnya sesuai untuk semua orang . Warna hitam takde warm or cool undertones, so korang tak payah nak risau pasal lipstik hitam akan clash dengan warna kulit korang.

Tip Sis Katy: Untuk mekap kontra yang optimum, padankan bibir hitam korang dengan solekan dewy. Confirm nampak edgy dan seksi.

Untuk warna nude & hot pink, cuba cari rona lipstik yang sesuai dengan warna kulit korang. Sis Katy percaya korang boleh pull off semua warna lipstik yang sis rekomen. Lepas itu, it’s all about how you wear it. (Note to self: confidence is key.)

Make sure korang follow dan like Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti trend mekap, fashion dan lifestyle wanita yang terkini.