berita

‘Lawak Lama & Dah Tak Kelakar’ – Isteri Alif Satar Kritik Lawak Netizen ‘Tertukar’ Alif

February 28th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Kecoh di laman sosial semalam apabila penyanyi tinggi lampai, Aliff Aziz didakwa kembali ‘buat perangai’, seperti didedahkan oleh isterinya Bella Astillah.

Pernah terkena tempias berkongsi nama sama dalam isu sebelum ini, sekali lagi netizen ‘bergurau’ dengan meninggalkan komen di Instagram Alif Satar. Isteri Alif, Shadila Halid kemudiannya memberi respon berhubung ‘gurauan’ diterima suaminya itu.

Lawak lama, tak kelakar dah

Luahan itu dibuat Shadila menerusi IG storynya semalam. Antaranya dia menyifatkan lawak mengaitkan suaminya dengan individu lain sudah terlalu lama dan tidak lagi kelakar.

Sejujurnya, lawak bila kata Alif Satar tapi sebenarnya tak ni dah lama dan tak kelakar dah. Hanya buktikan betapa hambarnya lawak anda.

Kalau niat nak jadi kelakar, anda gagal. Tapi kalau anda nak nampak bodoh, tahniah, anda berjaya.

Turut ‘tumpang sekaki’ trending

Setelah kecoh semalam, nama Alif Satar turut diperkatakan netizen sehingga trending di Twitter. Ramai yang secara sengaja atau tidak, masih berseloroh mengenai kedua-dua ‘Alif’ ini.

Sumber: Shadila Halid, Twitter

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×