berita

‘Lawan Semua Dengan Doa’ – Abby Abadi

February 8th, 2024 | by Alia
Kini Trending

abby doa

Artikel Berkaitan: Marissa Dania & Aslam Didakwa Sudah Bernikah Di Songkhla?

Artikel Berkaitan: ‘Betul Marissa Dania Hakim & Aslam Nikah Di Songkhla Thailand’

Hantaran di IG

doa abby

Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG), Abby atau nama sebenarnya Arbiah Abdul Manan berkongsi petikan kata-kata ringkas (quote) mengenai doa.

Bismillahirrahmanirrahim.

Lawan semua dengan doa.

Bagaimanapun, tinjuan OhBulan! mendapati aktres tersebut tidak mengulas lanjut tentang maksud kata-kata itu.

Terdahulu, kakak ipar kepada Aslam iaitu Nadiah Mazlan mengesahkan suami kepada Misya dan Marissa Dania Hakim sudah berkahwin pada Disember lalu.

Difahamkan mereka mendirikan rumah tangga ketika Misya sedang menunaikan umrah.

Sebelum ini, keluarga Abby dan Norman menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan rumah tangga seorang wanita.

Bukan itu sahaja, wanita itu juga mendakwa dia mempunyai bukti salinan resit bekas suaminya bersama Marissa ‘check-in’ di sebuah hotel.

Sumber: IG Abby Abadi

SKIP THIS AD ×