berita

Layak Ke Festival Filem Antarabangsa, ‘The Assistant’ Bakal Ditayangkan Di Malaysia 19 Mei Ini!

May 17th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Filem Malaysia “The Assistant”, telah menerima berita yang mengujakan daripada Festival Filem Antarabangsa. Berdasarkan Malaysia International Film Festival (MIFFest), “The Assistant” telah disenarai pendek dalam bahagian pertandingan Far East Film Festival (FEFF) secara rasmi dan memenangi peluang untuk tayangan perdana di peringkat antarabangsa. Ini juga merupakan kali pertama “The Assistant” ditayangkan di festival filem dunia.

Tayangan di peringkat antarabangsa

Menurut Pengerusi MIFFest, Joanne Goh, tahun ini juga merupakan kali pertama MIFFest dan FEFF mencapai kerjasama. Kedua-dua festival filem berharap dapat membawa pencapaian baharu kepada industri perfileman dan televisyen Timur dan Barat melalui atas kerjasama kali ini.

Saya benar-benar teruja apabila mendengar mengetahui berita daripada Far East Film Festival Itali bahawa filem “The Assistant” telah disenarai pendekkan dan mempunyai tayangan perdana di platform antarabangsa. Membawa filem Malaysia yang cemerlang memasuki visi industri filem anatarabangsa merupakan misi MIFFest selama ini.

Tambah Joanne, “The Assistant” mewakili reputasi antarabangsa Malaysia. Menurut Adrian Teh pula, sebagai seorang pembikin filem, dia berasa bangga kerana ini merupakan suatu pengiktirafan terhadap hasil kerjanya.

Saya ingin berterima kasih kepada MIFFest atas bantuan dan sokongan yang diberikan. Saya amat menantikan tayangan perdana dunia tersebut, dan saya berharap penonton di Udine akan menyukai filem kami.” Filem “The Assistant” akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 19 Mei 2022.

Filem thriller aksi tempatan

Adrian Teh juga menyampaikan penghargaan terhadap usaha barisan pelakon dan krew penggambaran yang terlibat. Dia berkata, Tanpa usaha mereka semua, filem yang unggul ini tidak dapat dihasilkan. “The Assistant” ini menceritakan tentang Zafik (ledil Dzuhrie), seorang lelaki yang terpaksa meringkuk di dalam penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan olehnya. Selepas hilang segalanya, dia bertemu Feroz (Hairul Azreen) yang sering muncul pada waktu “tepat”. Adakah Zafik berjaya merungkai motif sebenar Feroz? Filem ini juga menampilkan bintang Henley Hii sebagai Sam dan Farali Khan sebagai Sofia.

“The Assistant” adalah filem thriller aksi tempatan hasil kolaborasi Sony Pictures Entertainment Malaysia bersama Act 2 Pictures. Ia diarah, ditulis dan diterbitkan oleh Adrian Teh. Ini juga merupakan kali pertama Act 2 Pictures bekerjasama dengan studio Hollywood. Saksikan Filem “The Assistant” di pawagam seluruh negara 19 Mei ini!

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×