berita

Layakkah Aaron Aziz Bawa Watak Tun Mahathir?

August 16th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Jika pelakon lelaki lain, pasti ramai yang menantikan untuk membawa watak mantan pemimpin negara kita, Tun Mahathir Mohamad, kan?

Apa yang menariknya, watak ini telah ditawarkan kepada Aaron Aziz untuk pementasan teater Tun Siti Hasmah, dan semua orang tahu bahawa Aaron Aziz adalah pelakon kelahiran dan berwarganegara Singapura yang kini sudah mempunyai taraf kerakyatan Malaysia. Ironik bukan?

Terbaru dari pelakon popular ini, Aaron dalam kenyataannya kepada Media Hiburan telah menolak tawaran watak Tun Mahathir kerana jadual kerjanya yang padat.

“Semasa mendapat tawaran daripada awal lagi, saya sudah memberitahu yang jadual kerja saya begitu padat. Bila mereka menunda tarikh pementasan, tarikhnya bertindih dengan jadual kerja lain.

Aaron turut mengakui bahawa watak ini memerlukan komitmen yang penuh dan dia tidak mahu mengambil risiko yang akan mendatang.

“Tambahan pula, membawakan watak Tun Mahathir bukannya mudah kerana memerlukan komitmen penuh. Saya tidak mahu nanti ada masa tertentu saya tidak dapat terlibat baik ketika sesi latihan ataupun hari pementasan,” tambah Aaron lagi.

Bagus juga sebenarnya apabila Aaron Aziz tolak tawaran ini. Kami masih berfikir, sudah tidak ada pelakon tempatan yang lain ke yang layak untuk membawa watak bekas pemimpin negara kita ini? Atau memang Aaron Aziz dipilih kerana popularitinya sahaja?