berita

Layan Kejam Etnik Uighur, China Digesa Tutup Kem Tahanan Atau Batalkan Sukan Olimpik 2022

December 18th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Isu kekejaman dan penindasan terhadap etnik Uighur di Xinjiang, China mula didedahkan media di seluruh negara sehingga mendapat perhatian bintang bola sepak iaitu Mesut Ozil dan penyanyi Maher Zain. Tindakan kejam Kerajaan China menahan seluruh penganut agama Islam di negara itu di dalam sebuah kem dan diseksa setiap hari bagaikan tiada kesudahannya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagaimanapun telah mengutuk perlakuan negara itu terhadap etnik Uighur dan menyeru negara itu menutup kem tersebut menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

Punyai dua permintaan

Penduduk asal Uighur iaitu Irade Kashgary menganggotai kumpulan No Right, No Games (NRNG) mengesa supaya Kerajaan China menutup kem tahanan itu. Malah, mereka turut menampilkan dua permintaan termasuk China perlu menutup kem tersebut dan Kerajaan China mesti menghormati hak etnik Uighur semasa di luar kem.

Jika kedua permintaan itu dipenuhi, maka, Sukan Olimpik boleh diteruskan seperti dirancang. Sebaliknya, jika China enggan memenuhi syarat NRNG, mereka akan memanggil Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bagi memindahkan temasya sukan itu ke negara lain.

We we want the Olympics to go forward, we want the Olympics to be successful. But the main point is that they will not be successful if they’re held in a country where there are concentration camps and they’re treating a population this way. We just want to know that the IOC is going to hold China accountable.

We are responsible for ensuring the respect of the Olympic Charter with regard to the Olympic Games and take this responsibility very seriously.

We take this responsibility very serious

Semasa sidang media pada awal bulan Disember, Presiden IOC Thomas Bach ditanya sama ada mereka akan tetap meneruskan Sukan Olimpik di negara itu ekoran layanan Kerajaan China terhadap etnik Uighur. Presiden IOC bertegas akan mengambil kira dan bertanggungjawab dengan serius terhadap isu ini.

There is an ongoing dialogue there with the organizing committee and we take this responsibility very serious. But we also have to respect our limits and our limitations. Our mandate and our responsibility is with regard to the Olympic games.

Menafikan tindakan kejam

Sementara itu, situasi dan keadaan umat Islam Uighur di Xinjiang kelihatan semakin menyedihkan. Kira-kira sejuta umat Islam etnik Uighur ditahan di dalam sebuah kem tahanan. Malah, kesemua masjid di sana telah pun ditutup dan ramai ditangkap serta dijadikan buruh paksa.

Kerajaan China dengan kenyataan ego menyatakan kem tahanan tersebut sebagai pusat pendidikan dan menafikan tindakan kejam itu adalah salah.

Sumber: Vice

SKIP THIS AD ×