berita

Lazada 11.11 SuperShow Kembali Dengan Tawaran Lebih Gempak. Siap Ada Apink Tahun Ni!

November 8th, 2019 | by Epul
Shout Out!

Korang kaki shopping online? Suka berbelanja bila ada sales? Haa… Inilah masa yang ditunggu-tunggu sebab Lazada 11.11 kembali lagi tahun ni dengan tawaran dan diskaun barangan yang lebih hebat dengan jaminan harga terendah!

Tapi kejap.. Korang ingat tak Lazada 11.11 Super Show tahun lepas? Alah, event yang pertama kalinya menggabungkan jualan atas talian dengan persembahan artis terkenal tu. Ni kami nak bagitau yang Lazada 11.11 Super Show akan kembali buat tahun yang kedua. Kali ni dengan persembahan lebih hebat dan barisan artis terkenal. Dengar kata ada group Apink tau. Wow, bestnya!

Berbelanja sambil berhibur dengan Lazada 11.11 Super Show

Setiap kali tarikh cantik 11.11 kembali mesti semua peniaga online berlumba-lumba nak buat tawaran jualan bagi menghargai pembeli mereka. Tapi nampaknya, Lazada memang satu langkah di depan dengan menggabungkan hiburan dan jualan atas talian melalui Lazada 11.11 Super Show.

Tahun lalu, Lazada 11.11 Super Show dianjurkan di Axiata Arena dan ditayangkan secara langsung di TV3. Tahun ni, masih lagi mengekalkan konsep yang sama hanya venue je berubah ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Apa yang korang boleh jangkakan tahun ni ialah persembahan yang lebih memukau, diskaun yang lebih hebat dan korang jangan lupa untuk mengambil bahagian dalam permainan interaktif untuk memenangi hadiah best.

Salah satu permainan yang korang boleh cuba ialah ‘Voucher Rain’ yang mana penonton berpeluang memenangi pelbagai baucer menarik semasa berlangsungnya Lazada 11.11 Super Show hanya dengan bermain game di aplikasi Lazada.

Persembahan daripada barisan artis terkemuka

Korang mesti nak tau siapa artis yang akan membuat persembahan kan? Tahun ni, Lazada 11.11 Super Show menjanjikan persembahan daripada artis hebat tanah air seperti Hujan, Man Bai, Hael Husaini, Ayda Jebat, K Clique, Siti Nordiana dan ramai lagi.

Bagi menambahkan kehangatan malam tu, penyanyi dan juga pelakon daripada Indonesia, Cinta Laura Kiehl turut diundang untuk membuat persembahan. Acara kemuncaknya ialah persembahan daripada kumpulan KPOP terkenal Korea Selatan iaitu Apink!

Tawaran tak masuk akal sempena 11.11

Dah namanya pun Lazada, mestilah tujuan utamanya nak mempromosikan semua yang ada. Ni kami share senarai 11 barangan MESTI BELI di karnival beli-belah Lazada 11.11 ni:

Produk Harga semasa Tawaran
1. Suunto Traverse Alpha FOLIAGE 2450 1111
2. Dyson Air Multiplier AM07 Tower Fan Iron/Blue 1789 11.11
3. Apple iPhone 6S Plus 32GB (Space Grey) 1449 1111
4. Huawei Watch GT 899 11
5. Realme 3 (4GB RAM+64GB ROM, MediaTek Helio P60, 4230mAh battery) 699 111
6. [100% Original G SHOCK]Casio G-Shock Black Out Series Black Resin Band Watch 388 11.11
7. Sweet Heart Paris ST250 Compact Size Stroller with 8 EVA Wheels 189 11
8. Goodnite Premium Quality Core Foam Foldable Mattress/Tilam Lipat (2 inch) 159 11.11
9. Carlo Rino Small Wallet P030-551 131 1
10. S-26 PE GOLD MILK POWDER 900G 67.59 11
11. COOKER KING Non Stick Frying Pan, 20cm 59 0.11

Nak lagi kejutan? Jangan lupa saksikan Lazada 11.11 Super Show ni!

Korang mesti harapkan lebih banyak kejutan daripada Lazada macam tahun lalu kan? Haa.. Sebab tu korang kena saksikan Lazada 11.11 Super Show ni nanti. Korang boleh pilih nak saksikan secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) atau tonton saja di saluran TV3.

Tarikh: 10/11/2019 (Ahad)

Masa: 9.00 PM

Tempat: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) atau siaran langsung di TV3

So, tunggu apa lagi?! Kalau korang takde aplikasi Lazada dalam phone, cepat-cepatlah download di Play Store atau App Store. Ada banyak lagi tawaran menarik yang korang boleh dapatkan di Lazada semasa jualan 11.11 pada 11 November nanti.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×