berita

LBS Sasarkan 2024 Jualan Hartanah RM1.8 bilion

January 9th, 2024 | by Anis Suraya
Editorial Support

Pemaju perumahan pilihan rakyat, LBS Bina Group Berhad, menyatakan jangkaan tahun 2024 yang lebih positif dengan pengumuman pelancaran sasaran penjualan hartanah sebanyak RM 1.8 bilion.

Rancangan ini melibatkan 10 buah projek baharu di seluruh Lembah Klang, Johor dan Pahang yang merangkumi 4858 unit dan Nilai Pembangunan Kasar (“GDV”) sebanyak RM2.33 bilion.

LBS dan MGB Berhad Berkolaborasi dalam pembangunan projek

 

LBS juga akan bekerjasama dengan syarikat pembinaan, MGB Berhad bagi melancarkan blok pangsapuri Rumah Idaman MBI (Idaman Cahaya 3), (413 unit dengan jumlah GDV RM117 juta), rumah teres dua tingkat di Astella (79 unit dengan jumlah GDV RM75.6 juta), dan pangsapuri servis SkyRia di D’Island Residence (999 unit dengan jumlah GDV RM441 juta).

Selain itu, LBS merancang untuk melancarkan sejumlah 421 unit hartanah, termasuk pangsapuri dan rumah bandar di Bandar Saujana Putra, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM 205 juta.

Projek baharu di Pahang juga akan dilancarkan termasuk perkhidmatan Bayu Hills di Genting Highlands dengan GDV sebanyak Rm103 juta.

Projek di Johor juga tidak ketinggalan denganpelancaran 63 buah rumah berkembar dua tingkat di Imperial Garden, Bandar Putera Indah, Batu Pahat, Johor dengan jumlah GDV Rm43 juta.

19 projek terkini oleh LBS Bina Group

LBS kini sedang melaksanakan 19 projek pembangunan dengan jumlah anggaran GDV sebanyak RM 5 bilion secara bersamaan.

Sehingga 31 Disember 2023, simpanan bank tanah LBS meliputi kawasan seluas 2,767 ekar, suatu jumlah yang dijangka akan meletakkan LBS kekal bersaing bagi tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Ir (Dr) Lim Hock San berkata, 

“Kami teruja untuk memulakan 2024 dengan optimis dan positif. Mengimbas kembali pencapaian 2023,  LBS secara konsisten dan teliti di dalam melancarkan projek-projek. Malah, LBS turut menangguhkan beberapa pelancaran pada tahun 2023 setelah mengambil kira sentimen pasaran dan keadaan ekonomi yang turut menyumbang kepada jualan hartanah. Namun begitu, fokus utama Syarikat adalah untuk mencapai sasaran 2024. Paling penting, kami telah berjaya menyerahkan pemilikan kosong sebanyak 4,872 unit bernilai RM 2.40 bilion.

“Kami menjangkakan landskap pasaran hartanah yang positif di 2024 dan akan terus mengutamakan 3 teras utama LBS iaitu Mampu Milik, Ketersambungan dan Komuniti. Sebagai pemaju yang mengutamakan rakyat, kami turut mengintai beberapa peluang sekali gus berusaha untuk melancarkan hartanah dengan jumlah GDV bernilai RM2.33 bilion di beberapa buah negeri. Kami akan terus menilai dan melaksanakan strategi yang sesuai demi memastikan operasi berjalan lancar dan terus kekal optimistik terhadap prospek pertumbuhan Syarikat di tahun 2024.” tambahnya.

Inisiatif ESG (Pemuliharaan Alam Sekitar, Tanggungjawab Sosial, dan Amalan Tadbir Urus) kekal sebagai fokus dan keutamaan LBS dan mereka akan terus mempertingkatkan profil ESG ini selaras dengan objektifnya demi mencapai matlamat Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050.  

Mereka juga berhasrat untuk memberi ganjaran berterusan kepada pemegang saham selaras dengan dasar dividen iaitu membayar 30% daripada keuntungan selepas cukai dan kepentingan bukan kawalan.

SKIP THIS AD ×