Bila sebut Piala Dunia, memang susah nak tengok sorang-sorang. Lagi syok bila dapat berkumpul dengan geng, sorak setiap jaringan dan kongsi debaran sampai wisel penamat.

Sepanjang musim kejohanan FIFA World Cup 2026TM, itulah yang berjaya dilakukan oleh Unifi apabila membawa kemeriahan bola sepak ke seluruh negara menerusi siri FIFA World Cup 2026TM Live Viewing Parties.

Bukan setakat mencipta suasana luar biasa, malah usaha itu turut melakar sejarah apabila Unifi berjaya menerima pengiktirafan Malaysian Book of Records.

Unifi cipta sejarah dengan dua pengiktirafan Malaysian Book of Records

Berkat penganjuran FIFA World Cup 2026TM Live Viewing Parties secara serentak di seluruh negara, Unifi secara rasmi berjaya mencatat nama dalam Malaysian Book of Records menerusi dua kategori:

  • Most Locations for FIFA World Cup 2026TM Live Viewing Parties
  • Most Locations for Live Viewing Parties

Pencapaian ini diraih selepas Unifi menganjurkan sesi tontonan secara serentak di lebih 100 lokasi mamak terpilih di seluruh Malaysia, sekali gus menghimpunkan ribuan peminat bola sepak daripada pelbagai latar belakang.

Bukan mudah untuk menyatukan begitu ramai orang dalam satu pengalaman yang sama. Namun menerusi inisiatif ini, semangat bola sepak berjaya menghubungkan komuniti di seluruh negara dalam suasana yang penuh meriah.

Dari kedai Mamak hingga ke Dataran Merdeka, semua turut sama bersorak

Sepanjang kejohanan berlangsung, pelbagai lokasi ikonik bertukar menjadi medan buat peminat bola sepak berkumpul.

Antara lokasi yang paling mencuri perhatian ialah restoran Pelita KLCC, yang menjadi lokasi utama aktiviti peminat sebelum perlawanan akhir berlangsung. 

Selain siaran langsung perlawanan, pengunjung turut dihiburkan dengan kehadiran artis tempatan dan pelbagai aktiviti menarik yang menjadikan suasananya seakan festival bola sepak.

Kemuncaknya sudah tentu pada Grand FIFA World Cup Final Live Viewing Event di Dataran Merdeka, apabila ribuan penyokong memenuhi kawasan tersebut bagi menyaksikan aksi final FIFA World Cup 2026TM bersama-sama.

Sorakan, debaran dan keterujaan daripada ribuan peminat membuktikan bahawa bola sepak sememangnya mampu menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira usia mahupun latar belakang.

Lebih daripada tayangan bola, Unifi bina memori bersama rakyat Malaysia

Apa yang menjadikan kempen ini lebih istimewa bukan sekadar peluang menonton perlawanan secara langsung.

Gabungan tayangan skrin besar, persembahan hiburan, aktiviti interaktif dan suasana penuh semangat berjaya mewujudkan pengalaman yang lebih imersif buat semua pengunjung.

Daripada mamak yang sentiasa menjadi port lepak rakyat Malaysia sehinggalah ke lokasi ikonik seperti Dataran Merdeka, Unifi berjaya mengubah setiap lokasi menjadi ruang untuk orang ramai berkumpul, berinteraksi dan berkongsi minat yang sama terhadap sukan paling popular di dunia.

Pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records ini sekali gus membuktikan kemampuan Unifi menganjurkan inisiatif berskala besar yang berjaya menghubungkan rakyat Malaysia menerusi sukan, hiburan dan teknologi.

Nak terus layan aksi sukan bertaraf dunia? Pilih Unifi TV Sports Pack

Semangat FIFA World Cup mungkin sudah berakhir, tetapi aksi sukan bertaraf dunia masih boleh dinikmati melalui Unifi TV Sports Pack.

Sebagai Official Broadcaster of the FIFA World Cup 2026TM, Unifi TV membawakan pengalaman tontonan sukan dalam definisi tinggi (HD) menerusi pelbagai kandungan premium.

Antara yang boleh ditonton termasuk:

  • UEFA Champions League
  • Bundesliga
  • La Liga
  • Formula 1 (F1®)
  • MotoGP™
  • UFC
  • Tour de France (basikal)
  • Tennis
  • LIV Golf

Bukan itu sahaja, Unifi TV Sports Pack memberi anda akses kepada aplikasi beIN SPORTS CONNECT dan SPOTV NOW, bersama 6 saluran premium dan 36 saluran basic, semuanya melalui pengalaman tontonan yang dipertingkatkan dengan Unifi TV 2.0. Nikmati segala aksi sukan yang mengujakan ini pada harga hanya daripada RM30 sebulan.

Teruskan semangat kesukanan bersama Unifi TV

Kalau sepanjang FIFA World Cup 2026™ ini korang seronok berkongsi momen bersama keluarga dan kawan-kawan, kini tiba masanya untuk terus menikmati aksi sukan bertaraf dunia dari rumah.

Langgan Unifi TV Sports Pack dan nikmati pelbagai lagi sukan secara langsung serta kandungan hiburan premium pada bila-bila masa.

Layari unifi.com.my/tvpacks untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pilihan pakej yang ditawarkan. 

Jangan lepaskan peluang menikmati pengalaman hiburan lengkap bersama Unifi TV – Official Broadcaster of the FIFA World Cup 2026.