berita

Lebih 12K Retweet, Lagu Ciptaan Sendiri Nyanyian Lelaki Ini Buat Bekas Kekasih Undang Sebak..

September 20th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Hati insan mana yang tak remuk tatkala kasih sayang diberikan dibalas dengan kecurangan yang tak disangka. Seorang lelaki di twitter kongsi video rakannya yang sedang kecewa apabila kekasih hatinya memilih untuk kembali kepada cinta lamanya.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah nyanyian rakannya ini yang sangat merdu. Alahai terus rasa nak tidur, rugi betul bekas kekasih dia kan?

Tulis lagu untuk bekas kekasih

Lebih 12k retweet, nyanyian rakan lelaki ini berjaya mendapat pujian ramai yang rata-ratanya terbuai dengan alunan suara yang bersahaja ini. Ramai yang tersentuh mendengar bait-bait lirik yang agak deep untuk orang tengah kecewa dalam percintaan.

Dalam pada itu, lelaki ini sempat berkongsi beberapa video nyanyian pemuda ini yang lain. Memang sedap sungguh dengar!

Harap viral sampai ke bekas kekasihnya

Apa yang membuatkan ramai kagum adalah nyanyiannya yang santai dalam posisi duduk, namun suara yang dilontarkan sangat jelas dan sedap didengar. Rata-ratanya berharap agar bakat lelaki ini akan disedari oleh mana-mana pihak dalam industri muzik.

Tak kurang juga yang menyuruh agar dia menyertai pertandingan nyanyian. Confirm menang!

Air mata mengalir

Suara boleh lena

Boleh buat single album

Sumber : Aqiem