Pasangan merpati dua sejoli, Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka. Berita gembira itu diumumkan sendiri oleh suami di laman Instagram miliknya. Walaubagaimanapun, pasangan ini tidak mendedahkan jantina anak.
‘Saya ada sebelah, nak tarik rambut saya tarik la’
View this post on Instagram
Sayu hati. Masuk ward malam ni. Thankyou Dr Kam. Minta doakan isteri saya dan baby kami @babyadhwardell dipermudahkan ya. Kalau ada kami mengguriskan hati minta ampun maaf ya. Awak kuat saya tahu, semoga Allah merahmati awak dan permudahkan semua. Saya ada sebelah nak tarik rambut saya tarik la nanti ya. Sayang awak @ardellaryana. Selamat Berjuang @ardellaryana @babyadhwardell.
Menerusi video yang dimuatnaik, Ardell dilihat sedang menunggu masa untuk melahirkan bayi. Video tersebut mengundang sebak apabila Ardell memeluk erat doktor yang dikenali sebagai Dr Kam sambil menangis.
Tahan sakit lebih 16 jam
View this post on Instagram
Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga kami yang tak tidur tak lekang dengan mendoakan kami. Terima kasih atas doa baik-baik dari kalian semua. Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini, 5 June 2020, pukul 2.22.22s pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 Jam. Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih, sayu, Gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri. Terima kasih Dr Khamsiah Muda @andorrahospitalofficial kerana sama sama berjuang dengan @ardellaryana. Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua.
Selepas lebih 16 jam menahan kesakitan, Ardell Aryana selamat melahirkan bayi sulungnya pada pagi Jumaat secara normal. Suami yang terlalu teruja mengucapkan syukur serta terima kasih kepada seluruh keluarga yang tidak putus mendoakan. Tahniah!
Sumber: Nadzmi Adhwa