Sebut je Sunway, mesti ramai yang tahu. Dengan pengalaman yang luas di dalam Malaysia dan juga luar negara, banyak sumbangan Sunway dalam industri hartanah, pembinaan, hotel, hospital, pendidikan dan lain-lain.
Betapa kukuhnya jenama Sunway ni sampaikan pergi mana-mana pun, mesti nampak bangunan dengan nama Sunway. Ada Sunway Pyramid, Sunway Lagoon, Sunway Medical Centre, Sunway Hotel dan banyak lagi. Fuh!
Tahu tak? Sunway akan menyambut sesuatu yang istimewa pada tahun 2024 nanti. Serius tak dijangka!
Sunway akan meraikan ulang tahun ke-50 pada tahun 2024!
Cepatnya masa berlalu, Sunway tak lama lagi akan meraikan ulang tahunnya yang ke-50 pada tahun 2024. Kali ni lambang ulang tahun ke-50 Sunway dihiasi dengan emas bertaraf 5 bintang. Bukan biasa-biasa!
Demi masa depan yang lebih cerah, Pengasas dan pengerusi Sunway, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Jeffrey Cheah mahu jadikan Sunway sebagai syarikat model Asia dalam pembangunan mampan dan berinovasi.
Tapi persoalannya, kenapa lambang Sunway kali ni dihiasi dengan emas eh?
Lima tonggak jenama Sunway jadi pemacu pencapaian selama lima dekad
Bagi memperingati ulang tahun jubli emas Sunway, pencapaian dan komitmen Sunway selama lima dekad ni sebenarnya mengikut lima tonggak jenama Sunway – Insan, Kelestarian, Perniagaan, Komuniti dan Kepimpinan.
Berpandukan nilai teras Sunway iaitu rendah diri, integriti dan kecemerlangan, Cheah dahulu seorang akauntan di kilang pemasangan motor mula mengasaskan Sunway Group pada tahun 1974.
Dengan pembangunan Sunway City Kuala Lumpur, kawasan perlombongan bijih timah yang terbiar kini berubah menjadi perbandaran pintar dan bersepadu sehingga hari ni. Tak sangka kan!
Sunway sekarang memiliki 16,000 pekerja di lebih 50 lokasi seluruh dunia
Dalam lima dekad, Sunway semakin berkembang menjadi salah satu konglomerat terkemuka di Asia Tenggara dengan kepentingan perniagaan dalam hartanah, pembinaan, pendidikan, penjagaan kesihatan, peruncitan dan hospitaliti.
Bayangkan hari ni, Sunway dah mempunyai 13 bahagian perniagaan dengan 16,000 pekerja di lebih 50 lokasi di seluruh dunia. Macam ni semakin bertambah la semangat Sunway untuk terus menghargai orang sekeliling mereka. Hebat kan?
Sunway menjadi bintang terkemuka pada malam Putra Brand Awards 2022!
Malam yang bermakna buat Sunway apabila muncul sebagai bintang terkemuka di Putra Brand Awards 2022. Pada malam anugerah, Sunway merangkul lima anugerah termasuk Putra Brand of the Year.
Paling mengujakan, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah juga dinobatkan sebagai Putra Brand Personality of the Year!
Diiktiraf sebagai individu yang cemerlang dengan kreativiti, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah menjadi satu-satunya rakyat Malaysia yang tersenarai dalam kumpulan dermawan terkemuka Asia yang ke-15 majalah Forbes pada tahun 2021.
Beliau pernah dinobatkan sebagai antara Forbes Asia’s Heroes of Philanthropy sebanyak empat kali dan menerima Asia’s Lifetime Achievement Award 2019 oleh penerbitan perniagaan yang berpusat di Singapura, Fortune Times.
Di Putra Brand Awards 2022, Sunway Education Group membawa pulang anugerah platinum teratas dalam kategori Pendidikan dan Pembelajaran, manakala Sunway Property dan Sunway Lagoon masing-masing memenangi gangsa dalam kategori Hartanah dan Hiburan.
Kemenangan 2022 adalah pencapaian terbesar Sunway sejak penyertaan sulungnya dalam Putra Brand Awards pada tahun 2010, yang memuncak dengan jumlah anugerah sebanyak 32, setakat ni.
Antara matlamat Sunway untuk dicapai mulai tahun 2024
Setelah menyentuh lebih setengah juta pengguna dengan #SunwayforGood, Sunway akan raikan tahun ke-50 pada 2024 dengan empat matlamat meliputi inisiatif CSR yang berterusan dalam pendidikan, keselamatan makanan, penjagaan kesihatan dan alam sekitar.
Ini antara matlamat yang ingin dicapai oleh Sunway menjelang tahun 2024:
- Membina dan memperbaharui minimum 50 perpustakaan melalui program Sunway READ.
- Membungkus dua juta hidangan untuk komuniti kurang berkemampuan.
- Menubuhkan ladang bandar untuk 50 rumah anak yatim dan rumah warga emas melalui program Sunway SILK.
- Menyediakan pemeriksaan kesihatan asas untuk komuniti kurang berkemampuan.
Kami yakin pasti banyak lagi usaha murni yang Sunway akan buat pada tahun 2024 nanti. Sama-sama kita nantikan!
Untuk info lebih lanjut tentang perkembangan terkini Sunway, korang boleh klik SINI.
Jom tonton siri video ulang tahun keemasan Sunway yang istimewa di bawah!
https://www.facebook.com/SunwayGroupOfficial/videos/965114204937392