berita

Lebih 200 Produk Kraf 3D Akan Dipamerkan Di Virtual Craft Event 2022 Bermula 1 November Ni!

October 21st, 2022 | by Azyan
Kini Trending

Jarang-jarang kita dapat tengok pameran kraf secara virtual di Malaysia ni kan? Selalunya pameran kraf diadakan secara fizikal. Tapi tidak pada tahun ini gais! Pada bulan November 2022 ni akan ada pameran Kraf secara virtual secara besar-besaran! Uihh, peluang keemasan ni!

Nanti korang akan dapat tengok produk-produk kraf yang telah di 3D kan Macam real tauu…. Bukan itu saja korang juga boleh saksikan sendiri galeri kraf secara 360’ secara virtual!

Memang gempak habis laa…Katanya ada lebih 2500 produk kraf yang boleh korang boleh shopping! Jom tengok apa lagi info yang ada mengenai pameran ni. 

Sempena pelancaran program ni akan ada sambutan ulang tahun yang ke- 2 MYCRAFTSHOPPE juga tau!

Selamat Ulang tahun ke -2  MYCRAFTSHOPPE!!

Kalau korang nak tahu, platform MYCRAFTSHOPPE ni merupakan satu platform yang memasarkan produk kraf dan perkhidmatan secara dalam talian (online) berkonsepkan “Global Reach Local Identity”!

Bila korang masuk je platform ni, korang boleh dapat macam-macam jenis produk kraf Malaysia yang dari pelbagai kategori  seperti pakaian, kelengkapan rumah, fesyen & aksesori, hobi & gaya hidup, hadiah serta cenderamata. 

Sebut apa je yang korang nak, baju? Periuk? Pasu Bunga? Semuanya ada!

Macam mana nak beli? Mudah je geng.

Join livestream di Youtube OHBULAN! dan TV3 untuk nikmati pelbagai promosi dan baucar-baucar menarik ketika live berlangsung!

Livestream ni akan disiarkan secara langsung di Youtube TV3 dan OHBULAN! pada 1 November 2022, jam 9.00 malam!

Korang boleh lah siap-siap subscribe dulu Youtube  OHBULAN dan TV3 ni sekarang!

Senang la pada 1 November nanti korang boleh terus je tengok livestream event MYCRAFTSHOPPE ni! Tekan butang loceng tu, confirm tak terlepas sebarang update dekat Youtube ni tau.

Paling best, livestreaming tersebut akan dihostkan oleh Haziq Husni dan Fiza Saad serta barisan artis tanah air yang popular bagi memeriahkan sesi siaran langsung ini. 

Masa livestream ni berlangsung, korang juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai produk kraf Malaysia dengan harga RM11.00 sahaja melalui pelbagai baucar dan tawaran hebat.

Terdapat juga tawaran lain yang korang boleh dapatkan seperti:

  • BAUCAR TUNAI RM20: Untuk setiap pembelian RM50 dan ke atas
  • BAUCAR TUNAI RM30: Untuk setiap pembelian RM100 dan ke atas
  • BAUCAR MEMBER RM20: Untuk ahli baru berdaftar dengan pembelian RM40 dan ke atas
  • 200 COINS : Akan diberikan selepas pembelian pertama
  • FREE SHIPPING: Khas masa livestream ini  

Persembahan dari para artis terkenal tanah air pun ada!

Confirm tak akan bosan weh, sambil-sambil korang tengok hasil kraf tu semua korang boleh dengar juga persembahan nyanyian daripada artis-artis terkenal tanah air dan aktiviti gameshow! Siap ada hadiah-hadiah misteri pulak tu yang menanti.

Dah lah eventnya best, lepas tu tak payah susah-susah nak kena bersiap, drive dan cari parking. Hanya perlu buka laptop atau tonton dari handphone je. Mudah bukan?

 Jadi, apa tunggu lagi gaisss? Siap-siap set alarm, bagitahu mak ayah kawan-kawan semua supaya mereka pun dapat merasai pengalaman ke event virtual kraf ni! Time ni la boleh shopping batik dan segala jenis kraf dengan harga yang berpatutan!

Inilah masanya utk korang semua terokai dan rasai pengembaraan kraf yang menyeronokkan di laman sesawang www.mycraftevent.com mulai 1 November ini…

Jangan lupa gais 1 November 2022 nanti!

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×