Pasar raya Milimewa merupakan tempat membeli belah yang menyimpan pelbagai kenangan dalam kalangan pengunjung di Kota Kinabalu, Sabah. Telah beroperasi lebih daripada 30 tahun, pasar raya yang terletelak di jalan Pantai ini telah menamatkan operasinya semalam.
32 tahun beroperasi
Di Facebook, Saya Orang Sabah telah memuat naik satu posting mengenai penutupan pasar raya tersebut. Tambahnya, pasar raya itu merupakan tempat menggamit kenangan terutama sekali buat anak-anak yang lahir sekitar 70 hingga 80an. Ini kerana, pasar raya yang sudah 32 tahun beroperasi itu merupakan tempat tumpuan pelancong, tempat tumpuan membeli baju-baju setiap perayaan, tempat titik perjumpaan antara kawan-kawan, tempat tumpang simpan barang dan tempat lepak yang ada penghawa dingin pada zaman itu.
Tempat berjanji sama bini
Menerusi perkongsian tersebut juga, rata-rata masyarakat di Sabah meluahkan perasaan sedih dan meninggalkan komen mengenai kenangan mereka semasa mengunjungi pasar raya tersebut.
Sumber: Saya Orang Sabah