Pada 20 September lalu, majlis konvokesyen kali ke-3 oleh McDonald’s Malaysia telah diadakan bagi meraikan lebih 400 belia yang berjaya menamatkan latihan di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s.
Majlis tersebut disambut dengan meriah dan gilang-gemilang di Dewan DK500, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.
McDonald’s sediakan peluang latihan dan kerjaya!
Kalau korang nak tahu, sejak Program Perantis Vokasional McDonald’s diperkenalkan pada tahun 2018, sudah lebih 3,500 belia telah berjaya menceburi peluang ini bersama Mekdi.
Tujuan utama program ini diperkenalkan adalah bagi memberi peluang untuk semua anak muda Malaysia mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri hospitaliti dan/atau makanan dan minuman (F&B).
“Program Perantis Vokasional McDonald’s adalah program penting bagi kami, yang menyediakan peluang kepada belia untuk mempelajari kemahiran yang berguna untuk sepanjang hayat, memenuhi potensi diri dan mendaki tangga kerjaya dalam industri perkhidmatan makanan. Yang paling penting adalah mereka mampu mengamalkan budaya McDonald’s yang menekankan kualiti dalam segenap aspek perniagaan,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia
Tambah beliau lagi, “Sejajar dengan pertumbuhan McDonald’s Malaysia di negara ini, usaha meningkatkan piawaian pembangunan sumber manusia dan mengasah bakat baru di kalangan belia adalah amat penting untuk kami. Ini adalah komitmen berterusan kami untuk menyokong agenda nasional dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.”
Ada elaun setiap bulan!
Menariknya, Program Perantis Vokasional McDonald’s sediakan pelbagai kelebihan kepada perantis mereka, antaranya elaun bulanan, tempat tinggal, manfaat perubatan dan insurans serta makan minum percuma. Semuanya ditaja penuh oleh McDonald’s Malaysia!
Bukan itu sahaja, program yang berasaskan 70% latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30% pembelajaran teori di dalam kelas ini, merupakan program hasil kerjasama McDonald’s Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diperkenalkan oleh Kementerian.
Setelah tamat program, pelajar dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 yang ditauliahkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan seterusnya layak bekerja di restoran McDonald’s atau mana-mana syarikat dalam industri perkhidmatan makanan di negara ini.
Sertai Program Perantis Vokasional McDonald’s!
Bagi korang yang berminat nak mengorak langkah bersama McDonald’s dan berkecimpung dalam industri makanan, jom la sertai Program Perantis Vokasional McDonald’s.
Bukan apa, McDonald’s menyasarkan pembukaan 205 cawangan restoran mereka menjelang tahun 2026 dengan jumlah pelaburan RM1.35 bilion.
Melalui pembukaan cawangan baru ini, McDonald’s dijangka mampu menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya kepada rakyat Malaysia menjelang 2026, termasuk 15,000 perantis baru di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s.
Selain, Program Perantis Vokasional McDonald’s, McDonald’s juga mempunyai inisiatif pembangunan bakat lain seperti Program Perantis Pengurusan McDonald’s, Program Latihan Industri dan program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Ha… apa lagi yang korang tunggu? Inilah peluang korang untuk jadi sebahagian daripada komuniti McDonald’s. Jadi, buat korang yang berminat nak sertai Program Perantis Vokasional McDonald’s, korang boleh layari https://www.maukerja.my/mcd/ dan hantar permohonan korang sekarang.