berita

Lebih 50 Tahun Menghiburkan Kanak-Kanak Di Kaca Televisyen, Pelakon Big Bird Disahkan Meninggal Dunia

December 9th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Buat korang yang lahir sekitar tahun 1960-an sehingga 1990-an, sudah pasti korang pernah menonton watak animasi Big Bird the Grouch dalam siri kanak-kanak Sesame Street kan? Watak seekor burung besar berwarna kuning dan mampu berkomunikasi dengan baik oleh Spinney berjaya membuatkan jutaan kanak-kanak di seluruh dunia terhibur.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, pelakon yang berusia 85 tahun itu disahkan meninggal dunia di kediaman rumahnya di Connecticut, Amerika Syarikat.

Mengalami gangguan saraf

Kematian Spinney dipercayai berpunca daripada masalah gangguan saraf yang dikenali sebagai ‘dystonia’. Penyakit tersebut boleh menyebabkan pergerakan otot sukar dikawal. Spinney yang sudah bersara selama setahun daripada Sesame Street itu, sempat memilih pengganti dirinya bagi meneruskan watak yang diminati ramai itu.

Menurut The New York Times, watak seekor burung besar berwarna kuning dan raksasa pemarah itu direka oleh Jim Henson bersama beberapa rakannya yang turut bekerja sebagai pereka boneka. Sebelum ini, Spinner turut memberitahu bahawa watak Oscar the Grouch diambil melalui inspirasi daripada seorang pelayan restoran yang biadab dan pemandu teksi di New York.

Siri televisyen kanak-kanak

Sesame Street merupakan salah satu siri televisyen kanak-kanak yang memberi fokus terhadap pendidikan sambil  mempunyai unsur aksi, komedi, animasi dan persembahan boneka. Siri tersebut juga merupakan siri yang mendapat tontonan paling ramai daripada semua kanak-kanak pra-sekolah di Amerika Syarikat. Setakat ini, Sesame Street telah ditayangkan selama 50 musim dan 4514 episod secara kesuluruhannya.

Sumber: Harian Metro & CNN Entertainment

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×